Make your own free website on Tripod.com
 

 Apa itu pengundi?

Mengikut perlembagaan dan amalan demokrasi:

Pengundi adalah warganegara Malaysia yang telah berumur melebehi 21 tahun.

Pengundi mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Pengundi mesti memastikan namanya tersenarai dalam daftar tersebut mengikut alamat penginapan. Ini dilakukan dari semasa ke semasa apabila semakan dilakukan oleh SPR.

Pengundi mempunyai hak untuk memilih  calon atau wakilnya ke parlimen atau dewan undangan negeri (DUN).

Pengundilah yang menentukan wakil di parlimen atau DUN yang meluluskan undang-undang.

Bila pilihanraya diadakan, gunakan hak ini dan kita mesti mengundi. Kita tidak harus bimbang kerana undi kita adalah rahsia.
 

Oleh itu jangan persia-siakan hak kita sebagai rakyat untuk menjadi pengundi yang berdaftar. Tidak guna kita berbicara tentang hak sekiranya kita tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi. Setiap undi adalah penting dan boleh menentukan masa depan kita dan negara. Undi kita boleh mengubah undang-undang yang zalim yang mencengkam hidup kita.