Make your own free website on Tripod.com
 

1. Apa itu reformasi?

Dalam bahasa mudah, reformasi adalah perubahan kepada yang lebih baik. Perubahan ini dituntut oleh Allah swt terhadap hamba-hambanya pada setiap masa.

Reformasi kita bukan satu revolusi.

Raformasi kita tidak sekali sama dengan reformasi di Indonesia.

Reformasi kita adalah air gunung yang mengalir untuk kesejahteraan kita semua.

Menghadapi pelbagai suasana yang mencengkam hidup kita ketika ini maka wajarlah reformasi dihidupkan.  Selama ini kita lalai dan leka. Selama ini kita berasa ampuh dengan kepalsuan. Selama ini kita buta kepada pembohongan dan penipuan kerajaan BN.

Tetapi tidak sekarang.

Reformasi perlu dihidupkan dalam semua peringkat. Bermula dengan diri, ia harus dikembangkan kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kita. Selepas itu disambungkan kepada masyarakat dan negara.

Reformasi melibatkan semua sistem dalam perlembagaan dan pentadbiran negara kita. Semuanya perlu direformasikan.

Namun ini semua tidak akan tercapai dan akan menjadi sia-sia atau angan-angan belaka sekiranya kerajaan BN masih terus wujud.

Oleh itu tumbangkan kerajaan BN yang zalim ini dalam pilihan raya akan datang.