Make your own free website on Tripod.com
 

1. Apa itu pilihanraya?
 

  1. Pilihan raya adalah satu proses penting dalam sis tem demokrasi. Ia bertujuan untuk memilih wakil rakyat di parlimen dan ahli dewan undangan negeri bagi kerajaan negeri.  Wakil rakyat adalah pilihan rakyat.
  2. Yang menjadi masalah di negara kita ini adalah wujudnya satu dongeng yang kononnya hanya kerajaan BN sahaja yang mampu memerintah Malaysia. Kita telah memberi undi kepada mereka pada setiap pilihanraya untuk membentuk kerajaan selepas merdeka. Ada orang mengatakan bahawa sekiranya BN menaruh tunggul kayupun dia boleh menang dalam pilihanraya.
  3. Secara realitinya BN hanya melutut kepada suara rakyat bila ada pilihanraya.  Selepas pilihanraya, kita dipermain-mainkan dan diperkotak-katikkan.
  4. Apakah tidak benar kita mual dengan gelagat dan tingkahlaku wakil-wakil rakyat BN yang sungguh memalukan dalam sidang dewan rakyat dan negeri?
  5. Ada yang hadir tapi tidur.  Ada yang hadir sekali-sekala dan ada yang jarang-jarang hadir.  Bila masa masalah rakyat boleh diselasaikan?
  6. Ini harus dihentikan!!
  7. Kita mesti mempunyai wakil-wakil rakyat yang berwibawa dan bukan yang kaki hangguk semata-mata.
  8. Sekiranya perkara ini berulang lagi maka rakyat akan merana dengan wujudnya undang-undang yang mencengkam suara rakyat dan demokrasi di negara ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun akan datang. Ingat undang-undang di buat di parlimen!

  9. Pastikan kerajaan BN tumbang kali ini.