Make your own free website on Tripod.com
 
Mengapa Hati Dollah Terguris?
 

Kita tertarik dengan reaksi Dollah Badawi terhadap panggilan "Bedui babi" terhadapnya.

Sekali pandang terasa belas juga. Tetapi bila dikenangkan betapa tidak berperikemanusiaannya terhadap DSAI, maka wajarlah dia merasa ubat yang sedikit pahit rasanya. Ada orang mengatakan bahawa lagi pahit ubat itu lagi mujarab khasiatnya.

Sebenarnya reaksi beliau itu menunjukkan betapa lemah peribadinya. Kita ingin bertanya, bolehkah beliau memikul beban yang lebih berat daripada ini sebagai orang besar Malaysia? Mampukah beliau menghadapi "tohmahan-tohmahan" ini serta cabaran-cabaran yang jauh lebih berat daripada ini? Kalaulah dibanding dengan apa yang dihadapi oleh DSAI, "tohmahan" yang dihadapi beliau adalah sedikit saja.

Berdasarkan kepada fakta, apakah yang dicakapkan oleh Us. Fadzil Nor itu satu tohmahan? Apakah wajar seorang berugama Islam mengetuai jawatankuasa  JE itu?

Hakikatnya Dollah Badawi sedang mengetuai jawatankuasa  JE itu. Beliau juga yang menyarankan supaya satu loteri babi diadakan. Langkah-langkah yang diambil oleh beliau didapati tidak berkesan kerana jumlah kematian dan kes kian meningkat.  Cuba bayangkan seorang askar yang berpakaian lengkap masih boleh dihinggapi virus itu. Di mana silapnya? Bukankah ini satu bala yang sangat besar yang sangat memalukan negara Malaysia yang kononnya negara Islam?

Kita berharap agar beliau menyedari dan memahami bahawa pada hakikatnya wabak ini adalah bala daripada Allah swt.

Janganlah jadi pelakon macam Dr M yang cuba meraih simpati rakyat. Rakyat telah mual dengan tingkah laku para pemimpin UMNO sekarang. Saat-saat akhir riwayat mereka telah hampir tiba.