Make your own free website on Tripod.com
 
Menjawab artikel Kiau dalam Berita Minggu -11.4.99


Kita terpanggil untuk mengulas pandangan Kiau dalam
Berita Minggu keluaran 11 April 1999.

Pandangan yang logik tidak semestinya benar. Itulah rumusan yang dapat
diberikan terhadap artikel itu. Walaupun penulis cuba menyampaikan hujah
secara logik namun ia hanya sekadar pandangan yang sempit. Ia tidak relevan
kerana penulis hanya bersandarkan kepada fikirannya semata-mata. Bukan fakta
dan realiti yang sebenarnya.

Ketandusan fikiran beliau terselar apabila beliau cuba mengaitkan kemunculan
KeADILan dengan Hotel Renaissance dan Al Gore seolah-olah penubuhan parti
tersebut ditaja oleh pihak luar dan kononnya parti KeADILan mempunyai banyak
wang. Apa yang penulis terlupa adalah parti KeADILan mendapat sokongan yang
luar biasa daripada rakyat yang sedar mengenai kepincangan-kepincangan yang
berlaku di negara ini. Mereka sanggup berkorban apa saja untuk menegakkan
keadilan di negara ini termasuk menyumbang secara material. Oleh itu,
ke"glamour"an KeADILan didukungi para penyokongnya.

Huraian penulis yang cuba mengadudomba parti-parti PAS,DAP dan KeADILan
kononnya akan wujud perpecahan di kalangan mereka ternyata meleset. Parti-
parti ini tidak mudah goyah dengan dakyah tersebut. Komitmen parti-parti ini termasuk PRM untuk bergabung sebagai Barisan Alternatif/Barisan Keadilan Nasional
akan memberikan cabaran yang getir buat BN dalam pilihanraya akan datang.
Rakyat mempunyai pilihan yang baik sebagai alternatif kepada BN.

Penulis juga cuba memporakperandakan kesatuan di kalangan para reformis yang
tulen termasuk mereka yang terpaksa ke luar negara. Penulis terlupa bahawa
beliau sendiri boleh ditangkap di bawah undang-undang ISA yang disalahgunakan
oleh pihak-pihak yang tertentu.

Kita ingin memberitahu penulis bahawa penulisan-penulisan beliau adalah tidak
relevan. Bahkan keadilan yang diperjuangkan ini adalah untuk kebaikan diri,
keluarga, masyarakat dan negara yang kita cintai ini.