Make your own free website on Tripod.com
Berita Utusan Malaysia (9/4/99)

1. Kita berharap agar Dr. M cepat sembuh supaya beliau boleh menyusun BN untuk menghadapi cabaran getir Barisan Alternatif (Barisan Keadilan Nasional). Kita ingin melihat pertandingan yang bersifat gentleman di atas gelanggang pilihanraya. Kita tidak sebacul Rahim yang menumbuk DSAI yang diikat tangan dan ditutup matanya.

2. Kita bimbang mengenai pendedahan Menteri Kewangan Kedua yang menyatakan bahawa negara kita telah meminjam RM 15 billion pada Disember tahun lalu. Pinjaman tambahan akan dibuat lagi pada tahun ini. Sekiranya ini dicampur dengan "bailout" hutang-hutang NPLs maka negara ini di ambang kebankrapan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan BN masih gagal memulihkan ekonomi negara dan tergamak menipu dan membohongi rakyat.

3. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO untuk melawan "perang saraf" PAS  menarik perhatian kita. Kita bersedia menghadapi apa jua cabaran UMNO-BN. Kita berharap mereka akan bersifat gentleman dan jangan menggunakan taktik-taktik kotor dan hina.  Kita juga berharap agar para reformis dan parti-parti Barisan Alternatif (Barisan Keadilan Nasional) menggiatkan usaha pelbagai cara untuk memeningkan kepala BN.