Make your own free website on Tripod.com
Pernyataan Najib

Kita menolak pernyataan Najib mengenai tindakan yang akan diambil terhadap sekolah-sekolah yang terlibat dengan pengedaran borang penyertaan parti-parti pembangkang.

Kita berpendapat bahawa ia tidak adil kerana perkara tersebut adalah dibenarkan sekiranya untuk parti UMNO-BN. Lebih daripada itu mereka boleh menggunakan padang dan kemudahan lain di sekolah untuk aktiviti politik UMNO.

Tambahan pula kelonggaran juga telah diberikan kepada guru-guru untuk bertanding  jawatan dalam pemilihan jawatan dalam UMNO berbanding dengan pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Pernyataan ini jelas menunjukkan bagaimana kerajaan menekan kehendak rakyat dan juga memaparkan sifat pilih kasih mereka terhadap parti-parti pembangkang walaupun ia bertentangan dengan perlembagaan Malaysia.

Kita bersetujui bahawa seharusnya alat-alat kerajaan tidak digunakan untuk menjalankan aktiviti parti-parti politik termasuk UMNO-BN.

Sekiranya guru-guru ingin melibatkan diri dalam aktiviti politik, mereka boleh melakukannya selepas waktu bekerja dan tidak menggunakan sumber sekolah.

Mereka bebas memilih parti mana yang mereka ingin aktif sebagai seorang rakyat di negara ini.