Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 30 April 1999



SPR lanjut tempoh daftar pengundi

KUALA LUMPUR, Khamis - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melanjutkan tempoh urusan pendaftaran dan penyemakan Daftar Pemilih 1999 selama 12 hari lagi, berikutan sambutan luar jangkaan di kalangan bakal        pengundi.


Komen:

Rakyat melihat keperihatinan masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab untuk negara sebagai warganegara yang baik.

Kita berharap agar mereka ini dapat mengundi supaya kerajaan yang terpilih nanti akan benar-benar pilihan majoriti rakyat.

Sungguhpun begitu, rakyat masih sangsi mengenai kecekapan SPR kerana walaupun dilengkapkan dengan kecanggihan IT, proses masih berjalan dengan lambat.



Kerjasama 4 parti tidak berkesan

KOTA BHARU, Khamis - Umno berpendapat kerjasama empat parti pembangkang - Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Pas, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) - tidak akan menghasilkan kejayaan berikutan        masalah kepemimpinan yang bakal dihadapi.


Komen:

Rakyat melihat kekecewaan parti-parti komponen BN bilamana melihat kekuatan kerjasama perti-parti alternatif terselar.

Sekiranya ada pakatan ini sudah tentu cabaran getir akan menimpa mereka.

Kuasa rakyat akan menentukan siapa yang berjaya.  Sekurang-kurangnya ada alternatif untuk rakyat.


Rafidah persoal patriosme Azizah

SAN FRANCISCO, Khamis - Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk  Seri Rafidah Aziz, mempersoal kesetiaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kepada negara kerana berpaling ke negara lain untuk memperjuangkan  masalahnya.

Rafidah membidas Wan Azizah yang beralih ke negara seperti Filipina dan  Indonesia untuk mendapatkan sokongan dan mempersoalkan patriotismenya.

"Patriotisme bentuk apakah itu? Apabila orang lain memburukkan negara kita, naluri pertama kita ialah bangun untuk mempertahankan negara. Jika sesuatu tidak betul, anda patut mengkritik secara dalaman," katanya.

 Bernama


Komen:

Rakyat memahami hasrat dan fikiran Datin Seri Wan Azizah untuk memenuhi jemputan Puan Corazon.

Rakyat sedar yang menggawat suasana adalah Datuk Syed Hamid kerana mensensasikan isu sedangkan Datin Seri Wan Azizah ke sana atas urusan peribadi.
Sudah tentu kerajaan Filipina tidak akan campurtangan urusan dalaman Malaysia tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh ambil tahu kerana Malaysia sendiri ada mengecam rakan-rakan Aseannya. Tidak begitu?

Pendapat Datuk Seri Rafidah yang mengatakan Datin Seri Wan Azizah sebagai tidak patriotik adalah tidak tepat kerana dia mempunyai hak untuk mempertahankan maruah suami dan keluarganya. Dia tidak memburuk-burukkan negara tetapi menyelar kedangkalan Tuan Hj. Dr. Mahathir.



Pemuda kesan 35 laman web sebar fitnah

TANAH MERAH, Khamis - Pergerakan Pemuda Umno mengesan lebih 35 laman web dengan 2,500 tajuk aktif dalam Internet bagi menyebarkan pelbagai bentuk fitnah kepada pemimpin dan kerajaan pada masa ini.

"Kita kesal dengan sikap mereka yang dikatakan sebagai pejuang reformasi tetapi menyalahgunakan medium komunikasi Internet untuk menyebarkan maklumat tidak tepat.


Komen:

Kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO ini menunjukkan bahawa mereka gagal menangani kata-kata benar di Internet kerana baru kini mereka kenal apa yang dimaksudkan dengan alam siber.

Rakyat mempercayai Internet kerana media-media tempatan tidak kurang juga menabur fitnah dan melaga-lagakan orang khususnya di kalangan parti-parti alternatif.

Oleh itu jangan tuduh para reformis pengecut kerana kerajaan telah menyekat suara mereka di jalanan dan di media-media tempatan.


Majlis Peguam kesal pembangkang edar kenyataan

KUALA LUMPUR, Khamis - Ada parti pembangkang yang mengedarkan kenyataan Majlis Peguam untuk kepentingan politik mereka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Ali.


Komen:

Rakyat kurang yakin akan berita ini kerana sepatutnya pihak Majlis Peguam yang patut mengeluarkan kenyataan bukan beliau.

Rakyat tahu Majlis Peguam memang lantang bersuara.

Adakah ini satu lagi sandiwara lakonan Datuk Ibrahim Ali?


Tunjuk perasaan perlu dibendung: Toyad

KUALA LUMPUR, Khamis - Tunjuk perasaan yang bertukar menjadi rusuhan serta kacau-bilau dan menyebabkan kerosakan harta benda awam perlu dibendung pada peringkat awal bagi mengekalkan keamanan negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Leo Michael Toyad, berkata rusuhan sedemikian jika tidak dibendung boleh mencetus peristiwa lebih buruk yang tidak diingini majoriti rakyat Malaysia.


Komen:

Rakyat sedar bahawa apa-apa tunjuk perasaan boleh menjadi rusuhan sekiranya ada pihak lain yang campurtangan.

Ceramah-ceramah parti politik berjalan dengan aman tanpa apa-apa masalah dengan ribuan manusia yang berhimpun. Ini kerana tiada campur tangan daripada pihak-pihak yang tertentu.

Kenyataan Shafie Afdal mengenai respons pelayar ke laman web Cetusan Rasa adalah  mengelirukan kerana itulah sebenarnya yang rakyat lahirkan. Sekiranya kerajaan tidak mahu mendengar itu hak mereka.


Kerajaan jelaskan sebab Petronas beli saham Proton

RANCANGAN Petronas membeli saham Perusahaan Otomobil Nasional Bhd  (Proton) dilakukan bukan bertujuan untuk menyelamat sebaliknya dilakukan kerana industri automotif mempunyai kaitan dengan industri petroleum dan gas,  kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohamed Nazri Aziz.


Komen:

Apa yang rakyat tahu pihak pengurusan Petronas tidak memberikan kenyataan rasmi mengapa mereka membeli pegangan tersebut.

Kalaulah mereka terpaksa mengambil alih Syarikat Perkapalan milik Mirzan atas arahan Tuan Hj. Mahathir, aoakah tidak mungkin perkara ini berulang lagi.

Rakyat telah celik.


Islam tegah umat mencarut

Kuliah Pagi

 ASSALAMUALAIKUM. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha  Mengasihani. Syukur kita semua ke hadrat Allah SWT kerana berkat rahmat  dan hidayah-Nya kita dapat bertemu lagi hari ini. Selawat dan salam kepada  junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan pengikut setianya.


Komen:

Sebagaimana biasa rakyat melihat penulis ini hanya menggunakan ayat-ayat Al Quran bagi tujuan politik sempit.

Apabila niatnya tidak betul maka dengan sendirinya perbuatan ini tidak betul dan dihina oleh Allah swt.



Sila edar kepada umum.