Make your own free website on Tripod.com
 

Jumaat, 30 April 1999



Ummi saman Harakah RM60 juta

UMMI Hafilda Ali menunjukkan rencana yang mencemarkan namanya menerusi ruangan bahasa Inggeris
akhbar rasmi Pas Harakah keluaran 29 Mac lalu atas tajuk Malaysia Sweeps 10 Oscars yang menuduhnya
sebagai pelacur murahan.



Komen:

Ini merupakan satu lagi sandiwara konspirasi politik oleh kerajaan BN dan media. Rakyat lihat ada persambungan antara tindakan ini dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Sheikh Fadzir kelmarin. Tujuannya adalah untuk membankrupkan Harakah.

Rakyat tidak terpedaya dengan taktik ini.

Rakyat juga mencadangkan supaya Umi menjalani ujian untuk memastikan kedaraannya.



TPM: Menentang kerajaan dipecat

IPOH 29 April - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran tindakan
memecat atau menggantung kerja akan diambil ke atas kakitangan awam yang terbukti menentang kerajaan.

Menurutnya, sebagai pegawai kerajaan, mereka sepatutnya menyokong parti yang memerintah.

''Pegawai kerajaan tidak sepatutnya menentang kerajaan kerana sebagai pegawai kerajaan, ia mesti melaksanakan
apa juga yang menjadi arahan kerajaan dan dasar-dasar kerajaan.

Oleh: NOR ZAINAH NORDIN


Komen:

Apakah wajar Datuk Abdullah Badawai berkata demikian? Yang kita tahu kakitangan awam bertugas untuk rakyat bukan untuk parti UMNO-BN. Selagi mana mereka menjalankan tugas mereka terhadap rakyat dengan jujur adalah memadai. Kerajaan tidak mempunyai hak untuk mencampuri hal peribadi kakitangan awam.

Apakah ini bermaksud ramai kakitangan awam yang bencikan parti UMNO-BN?

Tunggulah perhitungan pada pilihanraya umum akan datang.



Wan Azizah minta sokongan Manila

MANILA 29 April - Pemimpin pembangkang Malaysia, Wan Azizah Wan Ismail hari ini meminta sokongan politik
dari negara ini untuk melaksanakan perubahan di Malaysia, dengan berkata bahawa perjuangan ''kuasa rakyat'' di
Filipina beransur-ansur diterima di Kuala Lumpur.

''Anwar adalah mangsa sistem korup, sistem yang dicorakkan mengikut imej seorang Perdana Menteri yang
dahulunya dihormati tetapi kini tidak lagi mempunyai perspektif yang betul, tidak lagi dapat menimbangkan mana
yang benar dan mana yang salah, dan tidak lagi berpijak di bumi nyata,'' kata Azizah.


Komen:

Rakyat dapat menyaksikan kegigihan seorang wanita yang tulen untuk menjaga maruah suami dan keluarga atas dasar kebenaran.

Sekiranya para pemimpin kerajaan mengecamnya sudah tentu lebih ramai lagi akan menyokong beliau kerana hakikatnya suara rakyat adalah suara keramat.

Kedangkalan kerajaan akan dihukum dalam pilihanraya umum akan datang.



Aishah jelaskan gambarnya dengan Anwar

KUALA LUMPUR 29 April - Penyanyi Aishah mengakui beliau pernah berduet dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam satu majlis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang kira-kira dua tahun lalu atas permintaan bekas
Timbalan Perdana Menteri itu sendiri.

Oleh: ROSLI MANAH


Komen:

Rakyat melihat betapa usaha-usaha dijalankan oleh kerajaan BN untuk memburuk-burukkan Dato Seri Anwar. Sesiapa sahaja yang berkenalan dengan Dato Seri menerima ugutan dan cemuhan dalam berbagai bentuk.

Rakyat sedar bahawa lagi banyak usaha-usaha dibuat untuk memalukan Dato Seri Anwar, lagi banyak penentangan akan diterima oleh Tuan Hj. Dr. Mahathir.


Negara tidak menentu pembangkang perintah

KOTA BHARU 29 April - Negara akan terjerumus dalam keadaan tidak menentu dan rakyat akan menanggung
akibatnya jika pakatan antara pembangkang yang mempertahankan ideologi yang berbeza berjaya mengambil
alih pemerintahan.

Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah menerajui pakatan yang
serupa semasa UMNO berpecah berkata, adalah sukar untuk menjamin keadaan negara akan stabil.

Oleh: WAN ZULKIFLI WAN YAACOB


Komen:

Rakyat dapat melihat harapan Tengku Razaleigh untuk kembali ke tapak kepimpinan UMNO walaupun sudah banyak kali dikecewakan oleh Tuan Hj. Dr. Mahathir. Cita-citanya untuk menjadi perdana menteri tetap ada dan rakyat dapat melihat dengan jelas.

Rakyat tahu bahawa gabungan parti-parti alternatif ini akan memberikan cabaran yang getir kepada parti UMNO-BN.

Rakyat sedar bahawa keadaan semasa akan menyaksikan satu kejutan akan berlaku dalam pilihanraya akan datang.



Pemerintahan satu pengurusan

SEMUA parti politik atau ahli politik menawarkan diri mereka sama ada melalui parti atau individu menyatakan
mereka (parti) atau individu ialah calon yang terbaik untuk mewakili rakyat di kawasannya.

Oleh: KHALID ABDULLAH
 



 
Rakyat melihat beberapa kepincangan dalam rencana politik ini.

Rakyat ingin mengingatkan penulis bahawa kerajaan dipilih rakyat lima tahun sekali. Oleh itu, kecapaian (?) negara adalah banyak dalam aspek pembangunan infrastruktur.
Namun penulis terlupa bahawa pembangunan bukan bermaksud infrastruktur sahaja.

Negara kita telah ditimpa pelbagai bala seperti jerebu, penyakit berjangkit dll disebabkan pemimpin kita bersifat sekular. Undang-undang syariah (undang-undang Allah swt) berada di tahap yang sangat rendah.

Rakyat sedar bahawa yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin. Ini rakyat rasai dengan harga barang yang tinggi dan harga tol yang tidak munasabah.
Nasib mereka yang merupakan majoriti rakyat tidak terbela.

Rakyat yakin bahawa barisan alternatif juga mampu memerintah negara. Kenapa tidak? Mereka juga punyai kepakaran dan yang penting mereke mempunyai nilai dan akal budi yang tinggi berbanding para pemimpin UMNO yang sombong, bongkak dan zalim.


BISIK-BISIK

PAKATAN yang dimeterai di antara Pas dengan DAP serta dua parti pem-bangkang lain menunjukkan betapa
prinsip perjuangan dengan mudah dihumbankan demi kepentingan politik jangka pendek.

Matlamat perjuangan Pas ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. DAP menentangnya
habis-habisan. Tapi kini, kerana hendak mencapai matlamat jangka pendek itu, perjuangan dengan mudah
diketepikan.

Sesiapa yang mempercayai bahawa Pas, sebagai sebuah parti, boleh berpegangan tangan dengan DAP memang
lurus bendul.

Apa yang dilakukan di pentas yang sama oleh para pemimpin pusat kedua-dua parti itu hanyalah 'wayang
politik.' Tidak mungkin semangat dan 'kemesraan' itu boleh turun akar umbi.

Awang - Penonton wayang politik.
 


Komen:

Nampaknya Awang cukup marah dengan kerjasama yang dicapai oleh barisan alternatif.

Pada rakyat ia baik sebab rakyat ada pilihan.

Untuk makluman Awang, dunia adalah pentas dan kita semua berlakon hingga ke akhir hayat di dunia.

Cuma mungkin Tuan Hj. Mahathir yang fikir bahawa dia tidak pernah melakukan kesilapan.

Sebenarnya beliaulah pelakon yang utama yang kononnya akan berlakon sampai bila-bila.



Sila edarkan kepada umum.