Make your own free website on Tripod.com

Khamis, 29 April 1999


Maruah Islam tercemar

KUALA LUMPUR, Rabu - Kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat, bahawa Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya, boleh menjejaskan maruah agama.

Ini kerana umat Islam sejak kecil lagi diajar supaya menjaga kelakuan dan percakapan mereka dengan hanya menurutkan kata yang baik-baik.

        


Komen:

Rakyat tertarik dengan komen yang diberikan oleh Mufti Negeri Kelantan seperti berikut:

"Mengumpat atau memburuk-burukkan umat Islam yang lain dengan kata-kata kesat seperti mencarut, tidak diharuskan dalam Islam kecuali dalam keadaan tertentu iaitu untuk menyebut perkara benar supaya tidak timbul kekeliruan.

"Dalam Islam, mengeji atau menyakiti hati seseorang memang tidak boleh. Tetapi bagi menerangkan sesuatu perkara yang benar memang boleh walau  sepahit mana sekalipun.

"Bagaimanapun jika seseorang yang dicaci atau diumpat itu bukan daripada mereka yang berhak menerimanya, dosanya akan ditanggung orang yang melakukan perbuatan itu," katanya.

Pada rakyat yang prihatin, mereka faham apa yang dimaksudkan ini.



Amaran wabak besar denggi

KUALA LUMPUR, Rabu - Kerajaan hari ini memberi amaran, kes demam denggi dan denggi berdarah yang meningkat 20 kali ganda sejak 1986, akan menjadi wabak besar di enam negeri jika tindakan membendungnya tidak dilaksanakan segera.


Komen:

Adakah pihak-pihak tertentu tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami bahawa pada hakikatnya ini bala daripada Allah swt?  Fikirkanlah.



Hutan Indonesia terbakar lagi

SINGAPURA, Rabu - Indonesia akan meminta bantuan Malaysia dan Singapura kerana bimbang kebakaran hutannya tahun ini mungkin memberi kesan kepada alam sekitar seperti melanda rantau ini pada 1997.


Komen:

Rakyat perlu diingatkan bahawa ini satu lagi musibah yang bakal menimpa kita. Apa perlu lagi dipertikaikan kuasa Allah swt?

Malapetaka adalah bala daripada Allah swt di atas kecuaian manusia dan kedurjanaan mereka yang zalim memerintah.



BPR tidak siasat maklumat Internet

KUALA LUMPUR, Rabu, - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat jika menerima aduan rasmi ada di kalangan pemimpin negara menyimpan sejumlah wang yang besar dalam bank di luar negara.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Abdul,  bagaimanapun berkata BPR tidak akan menyiasat sesuatu perkara hanya berdasarkan maklumat yang disiarkan di Internet.


Komen:

Setahu  rakyat, sesiapa pun boleh membuat laporan kepada BPR walaupun dengan menggunakan nama samaran.

Kalau ini dibenarkan bukankah maklumat itu dikeluarkan di Internet bersama-sama butir-butirnya sekali boleh disiasat?

Rakyat yakin bahawa ini adalah alasan murahan untuk menutup malu para pemimpin UMNO yang korup.



 
Tindakan Wan Azizah undang penderitaan

DATIN Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diingatkan bahawa tindakannya mengundang campur tangan asing dalam kes perbicaraan suaminya, Datuk Seri  Anwar Ibrahim, hanya akan mendatangkan penderitaan kepada rakyat negara  ini.


Komen:

Rakyat melihat ini sebagai usaha-usaha kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat kerana kebimbangan mereka terhadap kebangkitan barisan alternatif yang akan cuba menumbangkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.



Panel anugerah bincang isu SHIT

KUALA LUMPUR, Rabu - Panel Anugerah Sastera Negara akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu novel SHIT, termasuk  mengkaji kedudukan anugerah Sasterawan Negara yang diberikan kepada        penulisnya, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, tidak lama lagi.


Komen:

Rakyat melihat ini sebagai satu lagi himpitan terhadap penulisan kreatif di negara ini. Kita semua tahu bahawa banyak lagi buku-buku yang lebih lucah dan sensasi tetapi tidak diambil tindakan oleh KDN.

Kita berharap agar panel ini akan bersidang secepat mungkin untuk membuat keputusan.

Rakyat akan menjadi hakim.



KDN beri Harakah kata dua

KUALA LUMPUR, Rabu - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil Pengarah Urusan Harakah, Datuk Hishamuddin Yahya, bagi  menyatakan rasa tidak puas hati kerajaan terhadap kandungan akhbar terbitan        Pas itu, kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah dan hasutan.


Komen:

Rakyat tidak faham tindakan KDN ini kerana media-media tempatan juga banyak yang menghasut dan menabur fitnah tetapi tidak diambil tindakan.

Sikap pilihkasih ini yang memarahkan rakyat apabila dalam berita ini juga  Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah bermain politik seperti berikut:

 
"Setiap ceramah Pas akan diteliti oleh Panel Peguam Umno. Jika ada fitnah dan bohong, kita akan ambil tindakan," katanya.

Inilah bukti penyelewengan kuasa antara kerajaan dengan parti politik.


Perundangan negara telus

KUALA LUMPUR, Rabu - Malaysia tidak bimbang kepada mana-mana pihak yang mahu mengawasi sistem kehakiman dan perundangannya kerana tiada apa yang mahu disembunyikan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

"Kita tidak takut kepada mana-mana pihak yang mahu mengawasi undang-undang, sistem kehakiman dan keadaan penjara di negara ini. Tiada apa yang hendak disembunyikan kerana Malaysia mengamalkan kerajaan        terbuka," katanya.


Komen:

Rakyat mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Kesatuan Antara Parlimen itu.

Tentunya mereka telah mendapat maklumat bukan sahaja dari sumber dalam tetapi juga dari sumber asing yang prihatin terhadap jenayah politik yang dilakukan oleh Tuan Hj. Dr. Mahathir terhadap mereka yang menentangnya.


Apabila segala perjuangan nenek-moyang dipersia-siakan

 SEORANG pensyarah universiti di Taiwan begitu prihatin apabila membaca  laporan di dada akhbar mengenai sekumpulan pelajar universiti dan sekolah   merusuh, merosakkan harta benda awam dan menyerang sebuah kereta stesen televisyen di ibu kota, baru-baru ini.


Komen:

Rakyat melihat rencana ini tidak lebih daripada tersalah maklumat yang diterima oleh pensyarah itu akibat peranan media-media tempatan.

Kita merasakan ini satu campur tangan dari luar negara kita.

Kita menafikan bahawa penentangan terhadap kerajaan tidak semestinya kita tidak patriotik kepada negara. Kerana sayangkan negaralah kita harus bersikap dan bertindak tegas.

Kebanyak maklumat dalam rencana ini tidak bertepatan dengan keadaan semasa dan inilah yang dikatakan fitnah.



Sila edarkan kepada umum