Make your own free website on Tripod.com

Khamis, 29 April 1999



Pakatan pembangkang -- Pas-DAP jalin kerjasama walaupun bertentangan ideologi

KUALA LUMPUR 28 April - Pas, sebuah parti yang mahu menegakkan negara Islam bersetuju untuk
meningkatkan persefahaman dan kerjasama dengan DAP yang menolak pemerintahan Islam, dengan tujuan untuk
menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh: ZAINI HASSAN dan ISHAK SALLEH


Komen:

Rakyat bersyukur kerana parti-parti alternatif telah menjawab fitnah yang ditaburkan oleh parti-parti komponen BN serta saluran media mereka dengan menandatangani satu perjanjian.

Tajuk dan berita akhbar ini jelas menunjukkan usaha-usaha mereka untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP terus dibuat.

Rakyat melihat kegelisahan kerajaan BN yang akan berakhir pada pilihanraya umum akan datang.


Megat fail saman RM10j terhadap Ruslan

KUALA LUMPUR 28 April - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat
Junid Megat Ayob hari ini memfailkan saman malu di Mahkamah Tinggi di sini menuntut ganti rugi RM10 juta
terhadap Ruslan Kassim kerana menuduh beliau menyimpan RM45 juta dalam Bank of Israel.


Komen:

Rakyat yakin bahawa ini adalah merupakan satu lagi taktik UMNO untuk melemahkan kekukuhan parti lawan.

Pada rakyat ia perkara biasa dan sekiranya ahli-ahli politik ingin peguam-peguam mengambil alih  jawatan, fungsi dan tanggungjawab maka dengan sendirinya mereke kehilangan ide dan tempat.

Rakyat akan tunggu dan lihat.

Rakyat juga melihat betapa cekapnya badan kehakiman kita kerana rakyat tahu bahawa pada malam tadi En Ruslan berucap di Kg. Selayang Indah.



Kenyataan Nik Aziz kelirukan ummah

KUALA LUMPUR 28 April - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ajaran Islam
membenarkan umatnya mencarut merupakan satu tindakan yang boleh menjejaskan pegangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman berkata, sebagai seorang yang
bergelar ulama tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana Islam sendiri tidak
membenarkan pengucapan perkataan yang lucah dan kotor.

Oleh: AZNAN BAKAR


Komen:

Sebagaimana yang diduga saluran media ini bermain sandiwara lagi. Mula-mula Tuan Guru Nik Aziz ditanya, kemudian laporan dikeluarkan dan dibalas balik oleh pemimpin-pemimpin UMNO

Pada rakyat mereka inilah tukang karut dan pengadudomba masyarakat.

Rakyat berharap agar Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan supaya mereka yang samada tidak mengerti atau tidak mahu mengerti tidak membesar-besarkan perkara yang kecil.



Kes liwat boleh dibicara di Mahkamah Sivil

KUALA LUMPUR 28 April - Seorang Muslim yang melakukan liwat boleh dibicarakan sama ada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah, selagi tertuduh tidak disabit kesalahan dan dihukum dua kali bagi kesalahan yang sama, demikian menurut Mahkamah Persekutuan.

Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin berkata ini bagi memastikan kelancaran perjalanan sistem kerja yang
diterima pakai oleh Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di negara ini.



Komen:

Dengan penjelasan ini jelaslah bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam. Malah ia bersifat sekular.

Rakyat kesal kerana ini menghina orang-orang Islam seolah-olah hukum undang-undang sivil mengatasi undang-undang Islam ciptaan Allah swt..

Rakyat kesal kerana Hakim tersebut seorang berugama Islam. Jelaslah bahawa dalam dadanya kosong. Ini adalah satu-satu peluang untuk mendaulat hukum Allah swt tapi peluang ini disia-siakan.

Apa perlunya  undang-undang syariah dan mahkamah syariah diwujudkan untuk kes-kes serupa ini?

Rakyat bingung dengan ulama-ulama kerajaan dan pro BN yang membisu seribu bahasa.


Nik Aziz dicabar saman penulis bekas aktivis Pas

KANGAR 28 April - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Aziz Nik Mat supaya mengambil tindakan menyaman bekas aktivis Pas, Omar Khalid penulis buku Parti Islam
Antara Realiti dan Fantasi agar seimbang dengan pembelaannya ke atas Profesor Datuk Shahnon Ahmad.


Komen:

Pandangan Datuk Seri Shahidan ini menunjukkan kekurangan ide kerana menyaman malu bukan jalan penyelesaian.

Rakyat juga gelihati apabila Datuk Seri Shahidan berhujah dengan menggunakan ayat Al Quran dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Sebenarnya Islam menjelaskan beberapa cara untuk menangani masalah ini mengikut keadaan kerana fitrah manusia adalah sedemikian.


Dr. Mahathir jadi ahli panel forum perpaduan ummah

ALOR SETAR 28 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi salah seorang daripada tiga ahli
panel di forum ''Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan'' yang diadakan di Dewan Mu'adzam, Institut Perguruan
Darul Aman (IPDA), Jitra, Sabtu ini.


Komen:

Rakyat melihat aturcara Tuan Hj. Dr. Mahathir sebagai satu usaha untuk membuat imej baru menjelang pilihanraya akan datang kerana iemjnya yang tercemar. Ini selaras dengan kerja haji yang dibuat baru-baru ini.

Rakyat ingin menunggu samada kata-kata kesat akan dikelaurkan dari mulut beliau kerana rakyat masih ingat kata-kata Tuan Hj. Dr. Mahathir dua hari sebelum ke Mekah.

Rakyat dapat melihat usaha-usaha Tuan Hj. Dr. Mahathir untuk mempertahankan kawasan Kubang Pasu.

Rakyat akan menentukan nasibnya dalam pilihanraya akan datang.


Ambil tindakan ke atas laman web reformasi

KUALA LUMPUR 28 April - Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap laman web puak reformasi yang kini
mempunyai 34 laman dengan lebih 2,500 bahan dan separuh daripadanya adalah memfitnah Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Penyelaras Internet dalam Jawatankuasa Khas UMNO bagi Menangani Fitnah, Zein Isma Ismail berkata,
fitnah yang dilakukan terhadap Perdana Menteri kini boleh dianggap melampau serta di luar batas susila orang timur.


Komen:

Rakyat melihat ketidakarifan En Zein Isma dalam menangani isu ini walaupun beliau mengepalai bidang Internet dalam jawatankuasa tersebut.

Ini menunjukkan betapa beliau ketandusan ilmu dan fikiran untuk menangkis maklumat di lebuhraya maklumat yang serba canggih.

Perkara ini biasa saja di mana-mana di dunia ini.

Pada rakyat semua pihak mesti berpijak di bumi yang nyata iaitu menerima keunikan dunia siber.


Tangani isu SHIT dengan waras

NOVEL terbaru Sasterawan Negara Prof. Datuk Shahnon Ahmad, SHIT dikecam sekali gus mencetuskan kontroversi terhebat dunia sastera abad ini.

SHIT dianggap lantang dan garang kerana sebelum ini sastera bagi kebanyakan orang hanya untuk khalayak
sastera sahaja.

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN


Komen:

Rakyat melihat rencana ini sebagai satu rencana yang baik yang telah mengupas kontroversi buku tersebut dengan menyeluruh.

Rakyat juga tahu bahawa Prof. Shahnon tidak akan menyerahkan anugerah Sasterawan Negara kepada pihak yang memberi.

Apapun satu forum dan kajian intelektual perlu dibuat sebelum apa-apa tindakan untuk mengharam buku ini atau menarik balik anugerah tersebut.


BISIK-BISIK

BANK of Israel rupa-rupanya sebuah bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Maknanya, ia tidak menerima
simpanan daripada individu.

Awang tergelak membaca berita tentang perkara ini memandangkan sejak beberapa hari yang lalu tersiar
banyak berita yang menuduh beberapa menteri kita menyimpan berjuta-juta ringgit di dalam bank tersebut.

Nampaknya dalam tergesa-gesa hendak memperlecehkan orang, tukang buat fitnah membuat kesilapan besar.
Malangnya, ramai pula yang mempercayai fitnah itu termasuk pemimpin parti pembangkang.

Yang merunsingkan Awang ialah, penyebaran fitnah melalui Internet sudah sampai ke tahap keterlaluan, tanpa
mempedulikan langsung kesannya ke atas orang lain.

Apa sudah jadi kepada kita?

Awang - Sebar fikiran rakyat.



Komen:

Nampaknya Awang tidak berpijak di bumi yang nyata mengenai alam siber. Mungkin dia gulungan lama. Tapi Tuan Hj. Mahathir lagi lama tapi dia cipta MSC.

Apalah yang hendak dihairankan mengenai budaya fitnah ini kerana ia bermula dengan Tuan Hj. Dr. Mahathir sendiri. Beranikah Awang menulis fakta ini?