Make your own free website on Tripod.com

Rabu, 28 April 1999


Megat Junid mahu saman Ruslan RM10 juta

KUALA LUMPUR, Selasa - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, dijangka menuntut RM10 juta daripada Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Ruslan Kassim, dalam saman fitnah yang pertama kali akan difailkan Panel Peguam Umno.
 



Komen:

Rakyat dapat membandingkan cabaran ini dengan kenyataan En. Ruslan Kassim yang begitu jelas maksudnya.

Rakyat akan tunggu dan lihat perkembangan ini kerana rakyat tahu ia memakan masa yang begitu lama. Lagipun banyak kes-kes serupa ini di mahkamah ketika ini.

Rakyat ragu-ragu dengan laporan  yang disebut di Singapura kerana kalaulah duit tersebut merupakan upah dari pergerakan zionis maka semua pihak akan menidakkan nya.

Pada rakyat, perkara ini sangat mudah. Kita minta En. Oren Tamari membuat kenyataan bahawa akaun-akaun tersebut tidak wujud sebagaimana yang disebut-sebutkan.



 Ibrahim anggap Fadzil tiada 'standard'

KUALA LUMPUR, Selasa - Senator Datuk Ibrahim Ali membidas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor, kerana menganggap tindakan Umno menubuhkan  Jawatankuasa bagi Menangani Fitnah sebagai tidak 'gentleman' dan tidak ada  'standard'.


Komen:

Berita ini jelas menunjukkan betapa lucunya gelagat Datuk Ibrahim Ali kerana penjelasan Dato Fadzil adalah sangat jelas. Sepatutnya beliau tujukan saranan itu kepada Tuan Hj. Dr. Mahathir kerana beliaulah pemfitnah utama negara. Kenyataan beliau bahawa dia ingin menegakkan kebenaran adalah satu pembohongan kepada rakyat.

Rakyat berharap agar Datuk Ibrahim Ali membuat siasatan fitnah dan tohmahan yang dibuat di kalangan para pemimpin UMNO sendiri kerana kita tahu itulah budaya politik mereka.

 


Fitnah tidak patut dilayan: Najib

KUALA TERENGGANU, Selasa - Pemimpin Umno tidak perlu melayan tuduhan yang disebarkan melalui Internet kerana sebahagian besar daripadanya  tidak boleh diterima akal dan direka untuk tujuan memfitnah, termasuk        kononnya ramai pemimpin Umno mempunyai simpanan wang yang banyak di  bank milik Israel.


Komen:

Pandangan Dato Seri Najib ini masih lagi belum dapat meyakinkan rakyat bahawa perbuatan itu tidak berlaku.

Satu suruhanjaya perlu diwujudkan untuk memastikan sememangnya akuan itu tidak wujud dan sengaja diada-adakan.

Menangani kesahihan atau ketidaksahihan sesuatu tohmahan dari Internet adalah serupa dengan berita yang diterima dari akhbar dan khabar angin.



Lembaga teliti jawapan guru, pelajar

 KUALA TERENGGANU, Selasa - Nasib seorang guru, dua pensyarah serta 33 pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam rusuhan dan perhimpunan haram di ibu kota pada 14 April lalu, akan diketahui selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pihaknya sudah  meminta Lembaga Tatatertib mengambil tindakan terhadap mereka berdasarkan bukti dan laporan polis.


 Komen:

Keadilan itulah yang dituntut oleh rakyat. Kita berharap siasatan dibuat secara menyeluruh supaya sekiranya mereka didalangi maka dalang-dalang tersebut juga perlu disiasat dan diambil tindakan.

Apa yang jelas tidak mungkin parti-parti alternatif begitu bodoh untuk membusukkan nama mereka sedangkan mereka mendapati perhatian rakyat.



Warga UM dilarang sertai demonstrasi

KUALA LUMPUR, Selasa -Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Abdullah Sanusi Ahmad, memberi amaran kepada semua kakitangan dan  pelajar universiti itu supaya tidak menyertai demonstrasi dan rusuhan bagi  mengelak daripada tindakan tatatertib.

Sambil bersyukur kerana tiada pelajar dan kakitangan UM ditahan dalam rusuhan terbaru di ibu kota baru-baru ini, beliau berkata pihaknya sudah membuat pemeriksaan tetapi setakat ini tiada pensyarah dan pelajar terbabit.


Komen:

Sesiapapun tidak mahu warga di menara gading terlibat dengan sesuatu yang sia-sia.

Sebagai gedung ilmu dan kecendikiawan wajarlah mereka diberi peluang seluas-luas untuk membincangkan apa jua isu secara akademik untuk membina masyarakat kampus yang sihat.

Budaya menakut-nakutkan pelajar hanya akan membantut usaha melahirkan pelajar yang berminda positif.



Peguam Negara bertindak bebas

KUALA LUMPUR, Selasa - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tidak pernah menghalang Peguam Negara membuat sesuatu keputusan, terutama yang membabitkan seorang menteri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Ibrahim Ali, berkata dakwaan kononnya Dr Mahathir pernah menghalang Peguam Negara membuat keputusan mengenai seorang menteri tidak benar sama sekali.


Komen:

Jawapan Datuk Ibrahim Ali ini tidak mungkin meyakinkan rakyat kerana soalan itu dibuat oleh Dato Seri Anwar.

Rakyat tahu bahawa semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, perkara-perkara ini jelas berlaku kerana pandangan Perdana Menteri mesti diambil sekiranya melibatkan seorang menteri. Siapa yang berani menyanggah perkara ini?


Ahli Parlimen kecam Shahnon

Pemimpin pembangkang dan penulis buku kontroversi, SHIT, Prof Datuk  Shahnon Ahmad, menjadi sasaran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menganggap tindakan mereka menjejaskan nama baik Islam.

Ahli Parlimen Yan, Datuk Badruddin Amiruldin, berkata pemimpin Islam, khususnya parti pembangkang yang mengaku memperjuangkan Islam perlu menyedari bahawa mereka akan bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan di dunia.


Komen:

Rakyat tersenyum dengan gelagat wakil-wakil rakyat UMNO/BN di Parlimen. Kita berharap agar persoalan-persoalan ini diajukan kepada para pemimpin UMNO/BN sendiri kerana mereka sendiri telah lupa mengenai tanggungjawab dunia dan akhirat.



BSKL enggan ulas rancangan Akhbar Khan

BURSA Saham Kuala Lumpur (BSKL) enggan mengulas apabila ditanyakan mengenai rancangan seorang usahawan Singapura, Akhbar Khan untuk membuat pembelian saham Central Limit Order Book (Clob) yang dibekukan sejak 1 September lalu.

Jurucakap BSKL apabila ditanyakan mengenai cadangan pembelian kontroversi itu berkata; "BSKL tidak akan mengulas mengenai perkara itu."



Komen:

Rakyat tahu bahawa Akhbar Khan adalah sahabat perniagaan Tun Daim.

Keengganan BSKL untuk mengulas menunjukkan kemungkinan Tun Daim terlibat dengan perkara ini.

Apakah kejadian seperti kes Tanah KTM di Tangjung Pagar, Singapura berlaku lagi?



Pemimpin Keadilan tidak jujur

Minda Pengarang

DI MANAKAH letaknya kejujuran bagi mereka yang menggelarkan diri sebagai pemimpin parti keADILan, apabila sebilangan pelajar yang terbabit dalam tunjuk perasaan dan rusuhan membantah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas kesalahan yang  membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 14 April lalu, terpaksa menyelesaikan masalah mereka sendirian. Sudahlah        emosi pelajar berkenaan tertekan akibat perbuatan mereka itu, malu kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat, pelajaran mereka juga terganggu dan lebih buruk lagi tidak ada pemimpin keADILan atau mana-mana parti lain yang  terbabit menyemarakkan keadaan kelam-kabut itu tampil ke depan  mempertahankan nasib mereka.


Komen:

Rakyat melihat bagaimana penulis ini sewajarnya disaman kerana membuat tuduhan palsu.

Sehingga kini siasatan polis menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh yang mengaitkan kes rusuhan dengan mana-mana parti alternatif.

Perbuatan menabur tohmahan dan fitnah oleh media-media massa inilah yang membuat rakyat tidak yakin dengan laporan-laporan mereka.

Sekiranya pelajar-pelajar tersebut diupah oleh dalang-dalang tertentu, maka siasatan perlu dilaksanakan supaya mereka diheret ke muka pengadilan. Apakah tidak mungkin mereka ini dibayar oleh ahli-ahli parti BN?



Sila edarkan kepada umum.