Make your own free website on Tripod.com

Rabu, 28 April 1999.



Nik Aziz bela Shahnon -- ''Islam tak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada tempatnya''

KOTA BHARU 27 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ajaran Islam tidak melarang
umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempatnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, novel kontroversi SHIT, karya terbaru Profesor Datuk Shahnon Ahmad yang
mengandungi perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam.

Malah, kata pemimpin Pas itu, al-Quran sendiri iaitu dalam surah al- Lahab, Allah mencemuh Abu Lahab dan
pasangannya.

''Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya,'' jelas Nik Abdul Aziz.



Komen:

Rakyat tahu bahawa akhbar ini ingin membesar-besarkan isu ini atas tujuan politik semata-mata. Begitulah kerja orang surat khabar jenis ini.

Rakyat yakin bahawa perkara ini akan berlanjutan untuk beberapa masa selagi perkara ini dapat dipolitikkan.

Rakyat tahu menilai dan menghukum Prof. Shahnon sekiranya buku ini tidak boleh diterima.

Setakat ini rakyat lihat hanya mereka yang melatah sahaja yang terlompat-lompat. Sahlah, kena batang hidung sendiri.



PM pertikai keadilan menerusi pembohongan

KUALA LUMPUR 27 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan konsep
keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh sesetengah pihak dengan melemparkan pelbagai bentuk pembohongan dan fitnah melalui Internet.......

''Kononnya saya pergi ke Mekah untuk bertaubat kerana mungkin apabila balik nanti saya akan mati. Selain itu, ada juga bermacam-macam cerita kononnya saya tidak dapat menunaikan haji dengan sepenuhnya.

''Inilah orang-orang yang mendakwa kononnya mereka membawa keadilan. Apakah ini merupakan keadilan
kepada saya atau keadilan kepada masyarakat Malaysia atau keadilan kepada negara jika kita berbohong dengan
niat untuk mencetuskan salah faham dan menyebabkan huru-hara dalam negara,'' tanya beliau.

''Internet umpama pisau yang tajam. Kita boleh menggunakannya untuk mengukir benda-benda yang cantik
ataupun untuk membunuh.

''Tetapi bagi orang yang tidak berakal, ia (pisau) digunakanntuk membinasakan orang lain.

''Begitu juga dengan pihak-pihak tertentu, apabila mereka dapat sesuatu yang berguna, mereka akan sentiasa
memikirkan tentang cara-cara yang buruk dan menggunakan Internet untuk menyebarkan berita palsu dan
menyebarkan perkara yang tidak berasas umpamanya mengatakan saya sudah mati,''jelasnya.

'Tetapi kepada mereka yang hatinya telah tertutup, kita jelaskan macam mana sekalipun, mereka akan mengulangi
perkara yang sama,'' katanya kesal.



Komen:

Rakyat melihat lakonan klasik Tuan Hj. Dr. Mahathir dalam hal ini.

Rakyat mencemuh pendapat beliau kerana beliaulah punca segala kegawatan di negara ini.

Rakyat gelihati melihat gelagat Tuan Hj. Dr. Mahathir berbincang mengenai pembohongan dan keadilan kerana dia sendiri tidak sedar bahawa dialah pembohong besar.

Teringat pula rakyat kata-kata Tuan Hj. Dr Mahathir mengenai pisau. Adakah pisau itu yang dimaksudkan dalam menghina Rasul Saw?

Tuan Hj. Dr Mahathir juga berbincang mengenai hati orang-orang yang tertutup. Memang kelakar!

Rakyat berpendapat ini tidak lebih daripada lakonan jijik Tuan Hj. Dr. Mahathir yang kian hari kian irrelevan.
 



Kes liwat Anwar dibicara bersama dua kes Sukma

KUALA LUMPUR 27 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan satu daripada lima kes liwat yang
dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan bersama-sama dua kes adik angkatnya, Sukma Darmawan
Sasmitaat Madja.

Bagaimanapun mahkamah menangguhkan sehingga 4 Mei ini untuk sebutan semula kes Anwar dan Sukma bagi
menetapkan tarikh perbicaraan.

Mahkamah akan menetapkan pada satu tarikh lain baki empat pertuduhan liwat dan satu lagi kes rasuah
menyalahgunakan kuasa yang dihadapi oleh Anwar.

Hakim Datuk Abdul Wahab Patail yang memutuskan demikian turut menyatakan bahawa pada hari tersebut juga
akan diputuskan siapa hakim yang akan mengendalikan perbicaraan terhadap Anwar dan Sukma.



Komen:

Rakyat menghidu sesuatu yang tidak kena apabila DPP A. Ghani Patail tidak ada di barisan pendakwa. Kononnya hendak menegakkan ketelusan.

Sama-samalah kita tunggu pada 4 Mei 1999 samada Hakim A. Wahab Patail akan mendengar kes ini.

Adakah Hakim Augustine Paul akn muncul kembali?

Rakyat masih mempertikaikan kes ini kerana ia melibatkan kes liwat dua orang Islam yang sepatutnya didengari dalam mahkamah syariah mengikut undang-undang. Apakah ini akan mengundang lebih banyak malapetaka di negara kita?



SHIT: Shahnon minta maaf kepada USM

PULAU PINANG 27 April - Penulis novel kontroversi SHIT, Profesor Shahnon Ahmad, meminta maaf kepada
Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menjejaskan nama baik universiti tersebut berikutan karya terbarunya
itu.

Beliau yang juga pensyarah kontrak di USM dikatakan berbuat demikian kerana nama universiti berkenaan turut
dikaitkan dengan novel yang mengandungi perkataan-perkataan mencarut dan lucah itu.


Komen:

Walaupun rakyat rasa bahawa Prof Shahnon tidak perlu meminta maaf namun perbuatannya itu menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang berakhlak mulia. Kan beliau adalah Tokoh Maal Hijah USM 1999?

Nampaknya rakyat akan kehilangan seorang lagi ahli akademik yang berprestasi tinggi selepas Prof. Channdra Muzaffar.

Rakyat menjangka kontrak Prof. Shahnon akan ditammatkan.

Pada rakyat beliau tetap seorang pejuang yang berani dan seorang sastria yang gagah perkasa kerana bukan calang-calang orang boleh melakukan apa yang dilakukannya.


Pemuda mahu pembangkang dedahkan maklumat

KUALA LUMPUR 27 April - Pergerakan Pemuda UMNO mencabar pihak pembangkang supaya
mendedahkan maklumat dengan tepat dan terperinci te rhadap mana-mana pemimpin UMNO dan kerajaan
yang mempunyai simpanan wang di luar negara supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin Pemuda, Abd. Aziz Sheikh Fadzir berkata, jika maklumat yang
diberikan oleh pembangkang itu benar, maka pemuda sendiri akan mendesak supaya pemimpin terbabit
melepaskan jawatan dan dikenakan tindakan.


Komen:

Rakyat melihat dengan jelas taktik  Pemuda UMNO dalam hal ini untuk membanyakkan lagi kes saman malu.

Rakyat semua tahu bahawa maklumat itu maklumat di Internet yang mungkin betul dan mungkin tidak.

Rakyat menyarankan supaya Pemuda UMNO menyiasat sendiri perkara ini kerana nama banknya ada, nama orangnya ada dan nama akaun serta butir-butirnya ada.



Pakatan pembangkang tidak akan berjaya

KUALA TERENGGANU 27 April - Langkah parti pembangkang di negara ini cuba meniru kerjasama
parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan berjaya kerana di kalangan mereka timbul rasa
curiga-mencurigai sesama sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti-parti pembangkang mencurigai siapa di
kalangan mereka yang hendak mengetuai barisan pembangkang jika diadakan kerjasama.

''Kita dah lihat selama ini kerjasama parti pembangkang untuk mengikut langkah BN tidak berjaya.

''Mereka bukan sahaja bertentangan ideologi antara satu sama lain, malah Pas dengan cara Pas dan DAP dengan
cara DAP.

''Antara Pas dan DAP ini sebenarnya bagaikan minyak dengan air... tidak boleh bercampur. Mereka juga curiga
sesama sendiri,'' katanya.


Komen:

Pandangan Dato Seri Najib berkaitan pakatan parti-parti alternatif adalah merupakan satu pandangan yang meleset kerana rakyat tahu bahawa semua parti dalam BN berlainan fahaman politik dan mereka juga mempunyai masalah ahli-ahli yang melompat antara satu parti ke satu parti dalam BN.

Ini perkara biasa.

Oleh itu, gabungan parti-parti alternatif boleh diwujudkan sepertimana BN.

Apa yang rakyat mahu adalah "check and balance" supaya negara kita tetap maju.



Permohonan Anwar ditolak

KUALA LUMPUR 27 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri sidang Parlimen yang berlangsung sekarang.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 14
April lalu kerana menyalahgunakan kuasa. Permohonan difailkan sebelum hukuman itu dijatuhkan.


Komen:

Seperti yang rakyat jangkakan permohonan ini akan ditolak kerana tiada siapa yang berani bertindak berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan.

Rakyat masih teringat kisah 2,000 pekerja ladang yang berhimpun dekat kawasan parlimen.

Tidak pun mereka membuat kekacauan. Tidak pun mereka disembur.

Rakyat cadangkan supaya undang-undang berkaitan dikeluarkan supaya tidak timbul konflik mengenai keselamatan dan undang-undang yang membolehkan.



KDN beri kata dua kepada Harakah

KUALA LUMPUR 27 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi 'kata dua' kepada Harakah sama ada
berhenti menyiarkan berita memfitnah kerajaan atau menghadapi tindakan mengikut Akta Mesin Cetak dan
Penerbitan 1984.

KDN akan memanggil Pengarah Urusan Akhbar Harakah, Datuk Hishamuddin Yahya untuk
menyampaikan amaran terakhir kepada akhbar rasmi Pas itu yang semakin rancak menyiarkan berita-berita berunsur fitnah terhadap kerajaan.


Komen:

Rakyat melihat ini sebagai satu lagi usaha menakut-nakutkan rakyat dalam negara Malaysia yang demokratik.

Sekiranya parti UMNO menerbitkan "Merdeka" serta menghina atau menfitnah kerajaan PAS Kelantan, beranikah KDN mengambil tindakan?

Lagipun akhbar-akhbar tempatan pro-BN telah menfitnah hampir ke semua pemimpin parti-parti alternatif. Mengapa mereka tidak dikenakan tindakan?

Rakyat rasa cukuplah dengan pelbagai himpitan dan acahan yang dibuat terhadap rakyat daripada kerajaan BN.

Rakyat melihat ini sebagai ketandusan ide dan menunjukkan keadaan desperado di kalangan pemimpin BN.

Rakyat telah bertekad untuk menurunkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.



FITNAH PERBUATAN SONGSANG

PERBUATAN songsang seperti memfitnah, kini telah mencapai tahap yang membimbangkan di negara kita.

Anasir ini menjadi semakin ketara apabila bahang spekulasi pilihan raya umum mulai terasa panasnya.

Keghairahan itu bukan lagi sekadar tertumpu kepada perbualan-perbualan di kedai-kedai kopi atau di ceramah
tidak rasmi seperti kempen-kempen politik tetapi juga di dalam sajian wadah Internet.



Komen:

Rakyat berharap agar semua pihak mengerti maksud fitnah yang sebenarnya.

Rakyat juga melihat perkara ini berleluasa setelah Tuan Hj. Dr. Mahathir menfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu jangan salahkah orang lain kerana pemimpin utama melakukan perkara ini juga.

Rakyat juga tahu bahawa Internet bersifat sedemikian dan kita semua harus menerimanya sebagai satu ciri kehidupan alaf baru.



BISIK-BISIK

SEBAGAI memenuhi tuntutan Allah dalam surah al-Asr, Awang terpaksa mengingatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat
bahawa orang beriman tidak boleh mengumpat, mencela, maki-hamun, apatah lagi mencarut. Tiada dalil dalam
Quran yang membolehkan kita melakukan semua itu.

Malah surah al-Lahab juga tidak membawa maksud yang mewajarkan manusia berbuat begitu. Janganlah kita
mengatakan benar sesuatu yang tidak benar. Tidak baik kerana tuan guru dianggap oleh sebilangan besar rakyat
Malaysia sebagai ulama.

Sebaliknya, Allah menggunakan peringatan keras dalam surah al- Humazah ayat 1 (104:1) yang bermaksud:
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela.

Awang - Bukan ulama.



Komen:

Awang mengaku dia bukan seorang ulamak maka pendapatnya tidak relevan. Bukankah Al-Quran itu sendiri mempunyai maksud yang tersurat dan yang tersirat?



Sila edarkan kepada umum