Make your own free website on Tripod.com
Wisma Putra panggil duta Filipina

KUALA LUMPUR, Isnin - Wisma Putra akan memanggil Duta Besar Filipina ke Malaysia, Jose Brillantes, secepat mungkin untuk melahirkan rasa tidak  senang negara ini terhadap cadangan lawatan presiden Parti KeADILan        Nasional (Keadilan), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, ke Manila Rabu ini.



Komen:

Rakyat melihat bagaimana kerajaan BN begitu takut menghadap realiti politik tanah air.

Bolehkah kerajaan menyekat kehidupan peribadi seseorang?

Jelaslah kepada rakyat sebenarnya negara kita bukan sebuah negara yang demokratik dan telus. Apa yang disaksikan sekarang adalah kegelabahan kerajaan yang akan hilang kuasa sedikit masa lagi.



Sikap Pas terhadap novel Shahnon dibidas

KOTA BHARU, Isnin - Pas sudah berada pada persimpangan jauh daripada identiti perjuangannya apabila menyifatkan novel berjudul Sht Walaupun, mendakwa novel itu tidak mencerminkan pandangan dan sikap Pas, parti itu sepatutnya menolak sebuah karya berunsur emosi peribadi yang marah terhadap seorang pemimpin dan dipenuhi perkataan lucah.



KOmen:

Rakyat melihat betapa jumudnya pemikiran para pemimpin UMNO dalam isu buku yang dikarang oleh Prof. Shahnon.

Rakyat jelas tapi kerajaan tidak.

Kesimpulannya adalah mereka adalah sebahagian daripada sistem yang diceritakan dalam bukunya. Satu sistem yang busuk lagi membusukkan.  Itulah mereka.



Novel Shahnon perlu dibincang secara  intelektual: Pensyarah

KUALA LUMPUR, Isnin - Seorang pengkaji sastera hari ini menyifatkan,  novel Shit adalah gambaran politik kontemporari dari tanggapan sasterawan yang bencikan kerajaan dan diluahkannya melalui karya kreatif.

Pensyarah Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia  (UKM), Prof Madya Dr Abdul Rahman Napiah berkata, penulis Shit mungkin  menganggap politik Malaysia kini terlalu kotor lalu mensatirakannya dengan  najis.



Komen:
 

Rakyat mengalu-alukan saranan Dr. A. Rahman ini.

Rakyat tidak suka melihat gelagat ahli-ahli politik UMNO yang pandai berpura-pura.

Rakyat tahu itulah sistem amalan UMNO sejak dulu lagi.

Moga-moga perbincangan intelektual ini akan membantu Panel Anugerah Sasterawan Negara dalam penelitian mereka terhadap buku ini.


Pembangkang hidup senang kerana usaha BN:  Yusof

GEORGETOWN, Isnin - Parti pembangkang yang terus mengecam kerajaan sebagai zalim dan kejam diminta mencari negara lain yang sesuai dengan  kehendak hidup mereka dan mampu memberi nikmat yang lebih baik daripada negara ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Dr Yusof Noor, berkata tidak wajar pembangkang bertindak melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan sedangkan sebahagian besar daripada mereka hidup dalam serba kemewahan.


Komen:

Rakyat hairan mengapa Datuk Dr Yusof Noor menjadi begitu angkuh sekali sehingga menafikan bahawa sebenarnya yang memberi kesenangan adalah Allah swt.

UMNO jangan mendabek dada kononnya merekalah satu-satunya yang menyebabkan perkara itu. Rakyat juga banyak berjasa kepada negara.

Dan rakyat juga ingin mengatakan bahawa tiada sebanyak manapun duit boleh membawa kesenangan sekiranya mental dan spiritual seseorang itu tergugat.



Pelajar dakwa diupah sertai reformasi

KUALA LUMPUR, Isnin - Seorang daripada sembilan pelajar sebuah sekolah  menengah yang ditahan polis kerana terbabit dalam rusuhan di ibu negara 14  April lalu, kesal dengan perbuatannya dan meminta supaya orang lain tidak  menyertai apa yang dipanggil gerakan reformasi.

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah (Lelaki) Methodist, Sentul, itu  mengakui ketelanjurannya turut serta merosakkan kenderaan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan mendakwa perbuatan spontan itu didorong orang  di sekelilingnya ketika itu.


Komen:

Sepertimana yang rakyat sarankan supaya kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat hingga ke akar umbi kejadian rusuhan itu.

Rakyat sukar diyakini selagi perkara ini tidak dilaksanakan.

Propaganda kerajaan mengatakan bahawa rusuhan dicetuskan oleh pendukung parti-parti alternatif adalah satu tuduhan yang melulu.

Rakyat tidak keliru dan rakyat peka mengenai keadaan semasa.



 Anwar fail notis rayuan

 KUALA LUMPUR, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikenakan hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah pada 14 April lalu, memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan      hukuman penjara terhadapnya hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, melalui peguamnya, S N Nair, memfailkan notis itu melalui Tetuan S N Nair & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Raja, di sini kira-kira jam 11.30 pagi.

 



Komen:

Walaupun rakyat tahu bahawa Dato Seri Anwar tidak mungkin menang dalam rayuannya, rakyat menyanjungi usahanya untuk membela diri setelah dianiayai dengan hukuman yang luar biasa.

Sekali lagi rakyat melihat betapa kuat dan kentalnya semangat beliau. Ini sewajarnya dicontohi oleh semua.

Rakyat juga melihat betapa rakusnya pihak-pihak tertentu cuba memenjarakan Dato Seri Anwar.  Lagi banyak dakwaan dikenakan terhadap beliau bertambah bencilah rakyat terhadap Tuan Hj. Dr. Mahathir.

Akhirnya kebenaran akan menjelma. Insya Allah.



Sila edarkan kepada umum.