Make your own free website on Tripod.com

Selasa, 27 April 1998


DAP dakwa ahli dicuri -- Hubungan dengan rakan pembangkang dikaji semula

KUALA LUMPUR 26 April - DAP bersedia mengkaji semula hubungannya dengan lain-lain parti pembangkang
termasuk parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Pas jika mereka mencuri ahli-ahlinya.

Setiausaha organisasi parti itu, Kerk Kim Hock menegaskan, tindakan itu perlu diambil meskipun DAP
menyedari Barisan Nasional (BN) sedang berusaha melemahkan barisan pembangkang.



Komen:

Rakyat dapat menghidu strategi sistem perang saraf BN untuk mengharu-birukan gabungan parti-parti alternatif.

Rakyat yakin bahawa parti-parti tersebut dapat menyelesaikan masalah yang kecil ini kerana rakyat sedar bahawa pihak media tempatan akan terus mencanang perkara ini.

Rakyat mencadangkan supaya gabungan parti-parti alternatif mengambil tindakan serupa sebagaimana BN menangani masalah ahli-ahli yang bertukar parti dalam gabungannya.

Rakyat juga berharap agar parti-parti alternatif akan melenyapkan isu ini.


Fitnah Megat: Panel UMNO bersiap saman Ruslan

KUALA LUMPUR 26 April - Panel peguam UMNO akan memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi di sini
beberapa hari lagi untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Ruslan Kassim yang menuduh Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob menyimpan RM45 juta di Bank of Israel.


Komen:

Rakyat akan menunggu dan melihat budaya baru dalam negara kita. Ini berlaku kerana  para pemimpin kerajaan BN telah merasai kepanasan tentangan yang diberikan oleh parti-parti alternatif.

Satu demi satu rakyat melihat kedurjanaan kerajaan BN.



Biar mahkamah buat pengadilan

KUALA LUMPUR 26 April - Para penyokong reformasi tidak bersikap adil jika berterusan menuduh pendakwaan
ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menunjukkan negara ini mengamalkan perbicaraan secara
berpilih.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, peluang harus diberikan kepada
mahkamah untuk melaksanakan peranannya tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.


Komen:

Rakyat ingin menjelaskan bahawa rakyatlah yang akan menentukan samada sesuatu pengadilan itu adil atau sebaliknya.

Mahkamah rakyat lebih relevan kerana rakyat tiada berkepentingan.

Rakyat dapat melihat bagaimana Tan Sri Rahim hanya dikeluarkan saman sahaja untuk menghadiri mahkamah. Juga, tiada bail dan penjamin dikenakan. Bolehlah beliau bermain golf sebelum mahkamah bersidang.

Rakyat boleh menerima keputusan kes Datuk Sahar tapi tidak boleh menerima keputusan kes Dato Seri Anwar Ibrahim. Bukankah hakim Augustine Paul mengatakan bahawa ada berjuta-juta hakim yang menghakimi kes itu?

Rakyat tersenyum bila Dato Kadir menggelar Tan Sri Rahim sebagai "kambing hitam". Mengapa sekarang baru bersuara?


9 pelajar dibayar untuk merusuh

KUALA LUMPUR 26 April - Polis hari ini mengesahkan kumpulan sembilan pelajar yang terlibat di dalam rusuhan
di ibu negara pada 14 April lalu, menerima bayaran daripada pihak-pihak tertentu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SeniorAsisten Komisioner (SAC II) Mat Zain Ibrahim berkata,
pihaknya telah mengenal pasti identiti individu terbabit dan sedang mengesannya.

Oleh: AZIAN ABD. AZIZ dan MOHD. ROMZI
SAMSUDIN



Komen:

Rakyat sebenarnya ingin mengetahui samada polis benar-benar telah mengenalpasti orang yang mengupah itu. Adakah orang-orang itu ada kaitan dengan parti-parti alternatif? Adakah orang-orang itu ditaja oleh pihak polis? Adakah orang-orang ditaja oleh parti BN?


SPR kesal dianggap tidak profesional

KUALA LUMPUR 26 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab
oleh pihak tertentu yang melemparkan pelbagai tuduhan bertujuan mencemarkan kewibawaannya sebagai badan
bebas pilihan raya umum.

Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan bahawa badan itu tidak profesional dalam
menjalankan tugas adalah tidak berasas kerana ia hanya dibuat berdasarkan keterangan dengar cakap daripada
individu yang mungkin tidak jujur atau mempunyai tujuan memburukkan SPR.


Komen:

Sebagai klien-klien SPR, rakyat berhak untuk mempersoalkan kewibawaannya. Rakyat masih menunggu jawapan kepada pelbagai isu-isu dalam senarai daftar pemilih.

Rakyat merasa kesal kerana parti-parti politik telah membuktikan wujudnya pengundi hantu di Sabah.

Rakyat tidak mahu perkara itu berulang lagi dalam pilihanraya akan datang.

Rakyat berharap SPR peka dengan kehendak rakyat kerana gaji mereka dibayar oleh wang rakyat. Bukan begitu?


Ahli pembangkang dicabar pilih negara asing

PULAU PINANG 26 April - Ahli-ahli parti pembangkang dicabar supaya memilih sebuah negara asing yang
dirasakan lebih bersesuaian dengan citarasa mereka jika masih tidak bersyukur dengan keadaan Malaysia pada
masa sekarang.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Yusof Noor memberitahu, kerajaan kesal kerana kini parti-parti
pembangkang menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan kezaliman.


Komen:

Rakyat menganggap kenyataan  Datuk Yusof sebagai seorang  yang telah kehilangan modal. Cabaran itu tidak lebih daripada cabaran seorang kanak-kanak kerana rakyat tahu hak rakyat untuk duduk di negara ini. Rakyat merujuk kepada perlembagaan negara. Apakah ini bermaksud Datuk Yusof ingin menghalau semua orang mempertikaikan kerajaan?

Pandangan datuk Yusof jauh terpesong apabila hanya mengaitkan mengenai pembangunan fisikal semata-mata. Itulah puncanya kepincangan kerajaan BN yang materialistik sahaja.

Lemparan-lemparan Datuk Yusof terhadap parti-parti alternatif juga terserong kerana pendapat khurafatnya sahaja yang seolah-olah mengatakan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia hingga ke hari kiamat.

Rakyat akan menghukum kerajaan BN yang zalim ini dalm pilihanraya akan datang.



Dr. Mahathir sempurnakan semua rukun haji
- Syed Hussein

KUALA LUMPUR 26 April - Konsul Besar Malaysia ke Jeddah, Syed Hussein Al Habshee hari ini menegaskan
bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melakukan semua rukun haji dan tidak
meninggalkan satu rukun pun seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.



Rakyat menerima penjelasan ini bahawa Dr. Mahathir telah melaksanakan semua rukun wajib haji sahaja.

Rakyat juga sedar beliau tidak ke Madinah.

Rakyat juga sedar beliau bekerja rasmi dan tidak rasmi semasa di Arab Saudi.

Mulai hari ini rakyat akan menggelarnya Tuan Hj. Dr. Mahathir.


Sebutan baki tuduhan terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 26 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini esok untuk
mendengar sebutan menetapkan tarikh perbicaraan enam baki pertuduhan yang dihadapinya membabitkan lima kes liwat dan satu kes rasuah menyalahgunakan kuasa.

Enam pertuduhan terhadap Anwar itu akan disebut di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail.
 



Komen:

Rakyat dapat melihat kegilaan pihak pendakwaan yang didukungi oleh Tuan Hj. Dr. Mahathir. Lagi banyak dakwaan yang dibuat terhadap Dato Seri Anwar, lebih jelas kepada rakyat bahawa konspirasi peringkat atasan memang berlaku hingga ke hari ini.

Bukankah Hakim Datuk Abdul Wahab Patail tu bersaudara dengan DPP Datuk A. Ghani Patail?

Bagaimanakah rakyat hendak meyakini kredibiliti badan kehakiman sekarang?



BISIK-BISIK

SEORANG demi seorang menteri terpaksa menafikan bahawa mereka ada menyimpan berjuta-juta ringgit di
Bank of Israel.

Masing-masing terpaksa membuat penafian ekoran tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka
melalui Internet. Ada juga yang sudah berani membuat tuduhan itu secara terbuka dalam ceramah politik.

Cacing sudah naik ke mata, nampaknya. Nafi salah, tidak nafi pun salah. Jika tidak dinafikan, mereka akan kata
bahawa apa yang dituduh itu memang betul.

Pada pandangan Awang, lebih elok jika menteri-menteri yang kena tuduh itu segera mengambil tindakan
undang-undang.

Kadangkala, api terpaksa dilawan dengan api.

Awang - Lawan api dengan air.



Komen:

Rakyat telah mendengar pelbagai komen mengenai perkara ini daripada mereka yang terlibat.

Buat salah, tak buat salah.....ini agaknya ini yang juga dirasai Datuk Seri Anwar apabila menyuruh SB menyiasat Azizan dan Umi.

Sepatutnya kerajaan BN menyiasat perkara ini sekira benar tohmahan itu satu tohmahan. Kalau sebuah kerajaan yang kredible, sudah lama siasatan dibuat. Tapi....? inilah kerajaan yang ada sekarang.



Sila edar kepada umum.