Make your own free website on Tripod.com
Rencana Berita Harian  & Utusan Malaysia terhadap penubuhan PKN.

Kita menolak pendapat BH dan UM bahawa:

- PKN adalah sebuah parti politik bertujuan untuk membalas dendam dan bersifat individu. Sebaliknya ia dilahirkan semata-mata untuk memenuhi kehendak para reformis dan pendukung keadilan. Kes DSAI adalah pencetus atau  pemakin kepada kecelekan rakyat jelata.

- PKN adalah sebuah parti serpihan. Sebaliknya PKN adalah parti yang diwujudkan atas rasa insaf dan sedar terhadap kezaliman kerajaan BN selama ini

- PKN adalah sama dengan S46. Sebaliknya PKN adalah sebuah parti pelbagai ugama dan bangsa yang  bertunjangkan keadilan. Kewujudan PKN disebabkan senario yang berbeza. Rakyat bangkit menyokongnya.

- PKN tidak akan kekal lama kononnya ia parti pilihanraya. Sebaliknya PKN diwujudkan untuk rakyat Malaysia. Ia adalah satu parti alternatif untuk rakyat jelata. Ia bukan seperti BERSEKUTU yang ditaja oleh UMNO.

- PKN ditubuhkan untuk menghidupkan karier politik DSAI yang kononnya terpinggir. Sebaliknya PKN diperlukan untuk rakyat yang cintakan keadilan dan menentang kezaliman.

Apapun penubuhan PKN adalah perlengkap kepada ikatan barisan alternatif kepada kerajaan BN. Ia sihat untuk rakyat. Ia sihat untuk negara.