Make your own free website on Tripod.com

Isnin, 26 April 1999



TPM bidas sikap media asing

KAMPUNG GAJAH, Ahad - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kesal dengan tindakan pihak tertentu, terutama rakyat asing, yang mempersoalkan institusi mahkamah di negara ini dan mendakwa ia tidak adil dan berat sebelah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan itu yang didalangi pihak luar  wajar dibanteras dan rakyat tidak sepatutnya terpengaruh kerana mereka mempunyai niat untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.



Komen:
 

Rakyat dapat mendengar suara-suara Dr. Mahathir yang keluar dari mulut Datuk Seri Abdullah Badawi.  Mengapa begitu? Jelaslah bahawa Datuk Seri Abdullah tidak lebih sebagai burung belatok sahaja. Semua ini bukan pandangan beliau. Semuanya diceduk dari ide dan pandangan Dr. Mahathir.

Rakyat dapat mengagak bahawa kalau beginilah sikap orang nombor dua maka tiadalah harapan untuk rakyat lagi selain menolak kerajaan BN.

Bagaimana negara menyayangi dunia global sekiranya pendapat global diketepikan? Rakyat tidak faham.

Kerajaan BN hanya salahkan semua orang kecualii dirinya sendiri. Inilah natijah perjuangan Dr. Mahathir selama ini. Rakyat telah sedar akan penipuan-penipuan kerajaan Bn selama ini.
 


Ahli belot digesa berundur

BOTA, Ahad - Ahli Umno yang tidak setia boleh meninggalkan parti kerana Umno masih didukungi majoriti ahli yang taat serta berpegang teguh kepada  perjuangan parti.

 Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ahli yang tidak setia dianggap perosak  perpaduan malah kehadiran mereka tidak diperlukan apabila ketaatan dan        kesetiaan sudah lenyap.


Komen:

Rakyat dapat lihat perkara yang tersirat kerana rakyat tahu bahawa kebanyakan ahli-ahli UMNO di peringkat bawah telah hilang kepercayaan dengan pimpinan UMNO. Mesyuarat-mesyuarat di peringkat cawangan tidak mencukupi korum dan ada yang membuat mesyuarat secara atas kertas sahaja.

Rakyat masih ingat gelagat Datuk Seri Abdullah semasa dalam team B dahulu.

Sebenarnya tiada lagi perjuangan sebenar di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO. Apa yang tinggal adalah perjuangan peribadi yang sempit-sempitnya.

Rakyat tidak yakin UMNO sekarang adalah UMNO yang diasas oleh orang-orang melayu lebih empat puluh tahun dulu.



Majoriti Melayu sokong BN

BERUAS, Ahad - Majoriti orang Melayu masih memberi sokongan kepada Umno kerana yakin dengan perjuangan parti itu yang sentiasa berusaha  membawa kemajuan bangsa dan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau berkeyakinan penuh sokongan  terhadap Umno masih lagi tinggi berdasarkan lawatannya di tiga bahagian parti  itu di negeri ini.

        



Komen:

Berdasarkan apa yang dikatakan, rakyat tidak memahami dakwaan Datuk Abdullah Badawi.

Besar kemungkinan maklumat daripada akar umbi di kalangan UMNO adalah tidak tepat.

Rakyat dapat menyaksikan kebangkitan rakyat untuk menghukum UMNO-BN.

Rakyat sudah mual dengan pemerintahan UMNO-BN yang tidak relevan lagi.



 Pas sanggup halalkan cara capai matlamat

KUALA LUMPUR, Ahad - Pas sanggup menghalalkan apa saja cara, termasuk yang bertentangan dengan agama Islam, asalkan ia dapat  menghentam atau menjatuhkan pemerintah negara ini.

Ini jelas dengan pendirian pemimpin Pas, termasuk Presidennya, Datuk Fadzil Noor yang menyokong novel SHIT tulisan ahli seumur hidupnya, Prof Datuk  Shahnon Ahmad, walaupun ia ditulis dengan bahasa lucah dan mencarut yang keterlaluan.

Malah, Fadzil dalam kenyataannya semalam menyifatkan novel Shahnon itu sebagai satu sumbangan besar kepada rakyat kerana memberi gambaran perkembangan politik negara yang didakwanya sangat buruk dan memerlukan perubahan segera.



Komen:

Rakyat dapat melihat reaksi para pemimpin dan penyokong UMNO melenting terhadap buku "Shit".

Rakyat kenal siapa Datuk Abdullah Hussain yang sekadar menjadi talibarut kerajaan sahaja. Dia tidak membaca buku itu dan mana boleh dia menghukum buku itu tidak elok dibaca atau tidak.

Buku itu telah mencelikkan rakyat betapa busuknya kerajaan UMNO yang menunjangi BN kalaulah hendak dikaitkan dengan mereka.

Rakyat tahu bahawa mereka-mereka yang memberi komen dalam artikel ini tidak membaca buku tersebut kerana merekalah seperti apa yang ditulis oleh Prof. Shahnon.

Pada rakyat ia sekadar produk sastera yang dikarang oleh seorang cendikiawan Islam dan tajuk berita ini adalah keterlaluan kerana UMNOlah yang menghalalkan apa jua cara tanpa mengikut hukum-hukum Islam.



Sila edarkan kepada umum