Make your own free website on Tripod.com

Isnin, 26 April 1999


Megat cabar Ruslan -- ''Buktikan tuduhan saya menyimpan RM45j di Bank of Israel''

TELUK INTAN 25 April - Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob bersedia meletakkan jawatan sebagai menteri
dan ahli Parlimen jika tuduhan bahawa beliau menyimpan RM45 juta di Bank of Israel dapat dibuktikan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu juga akan mengemukakan tuntutan saman
malu dan ganti rugi terhadap Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Ruslan Kassim, yang
membuat tuduhan berkenaan.



Komen:

Rakyat melihat budaya saman-menyaman ini berleluasa sekarang ini. Budaya ke mahkamah ini turut disemarakkan oleh Dr. Mahathir.

Pergelutan politik adalah perkara biasa dalam politik. Rakyat menyaksikan betapa penggunaan ISA telah mempopularkan seseorang pemimpin. Membawa kes-kes ke mahkamah yang korup sebagai satu alat pembunuhan musuh politik adalah satu trend yang berbahaya.

Rakyat yang matang dapat menilai pemimpin yang korup dan yang tidak korup.

Apa perlu bising-bising kalau ia sekadar fitnah sedangkan orang yang difitnah masih terfitnah dan merengkok di penjara.

Rakyat dapat melihat dan menghidu kebusukan kerajaan BN satu demi satu.

Rakyat juga masih tertanya-tanya peranan Datuk Megat dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim,  Allahyarhamah Mustakizah dan perniagaan beliau yang melibat pendatang asing.

Rakyat gelihati melihat Dato Megat berbicara mengenai Islam.



Jangan lupa kesopanan Timur - Abdullah

KUALA LUMPUR 25 April - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak melupakan adat kesopanan Timur dalam menerokai alam siber.

''Jangan sekali-kali teknologi maklumat dijadikan alat untuk menyebarkan fitnah, memburukkan negara serta
mencetuskan huru-hara.



Komen:

Rakyat tertanya-tanya sekiranya nasihat sedemikian diberikan kepada Dr. Mahathir sendiri sebagai pemfitnah utama negara.

Rakyat juga berharap agar Datuk Seri Abdullah dapat menasihati Dr. Mahathir supaya mempamerkan adat kesopanan Timur terlebih dahulu kerana jelas sejak akhir-akhir ini beliau telah menunjukkan contoh-contoh yang tidak baik kepada rakyat.
 



Dua cawangan DAP Johor dibubarkan

PONTIAN 25 April - Dua cawangan DAP Johor iaitu cawangan Pontian dan Penerok hari ini dibubarkan selepas
anggota-anggota jawatankuasanya meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu.


Komen:

Rakyat sebenarnya kecewa dengan perkembangan dalam parti DAP kerana sedikit sebanyak ini akan menjejaskan usaha-usaha untuk menumbangkan kerajaan BN. Kita berharap agar pimpinan parti tersebut menguatkan parti dan mencari jalan untuk memperbaiki keadaan. Kemungkinan perpecahan ini didalangi secara halus oleh pihak-pihak tertentu tidak boleh ditolak.



Keamanan hancur jika undang-undang dicabar

KAMPUNG GAJAH 25 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan bahawa keamanan dan
kemajuan negara akan hancur jika rakyat bertindak membelakangkan undang-undang serta mempersoalkan
keadilan sistem kehakiman negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan pihak-pihak tertentu yang
mempunyai pegangan matlamat menghalalkan cara, iaitu melakukan apa saja termasuk menganjurkan rusuhan bagi
mencapai motif politik mereka.



Komen:

Rakyat yang prihatin terhadap perkembangan semasa akan mempertikaikan pandangan Dato Seri Abdullah ini.

Rakyat dapat melihat bagaimana undang-undang negara dicabuli oleh campurtangan politik.

Rakyat dapat melihat bagaimana rakyat dipermainkan kononnya perhimpunan-perhimpunan bersifat rusuhan.

Rakyat juga mencela keganasan pasukan polis yang masih tidak mesra.

Rakyat ingin bertanya Dato Seri Abdullah mengapa rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak dapat menerima proses penghakiman dan keputusan yang begitu zalim terhadap Guan Eng dan Dato Seri Anwar Ibrahim?

Mengapa mahkamah digunakan untuk membunuh kareer politik seseorang?

Rakyat melihat kelucuan kes Tan Sri Rahim Noor sebagai tamparan yang sungguh hebat terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang dinodai oleh kerajaan BN.

Rakyat ingin mencabar Dato Seri Abdullah apakah yang dimaksudkan sebagai campur tangan asing dalam kehakiman di negara kita apabila kebusukan demi kebusukan dihidu oleh rakyat sendiri?


SHIT tidak perlu diharamkan - Zainudin

KUALA LUMPUR 25 April - Kerajaan tidak perlu mengharamkan novel SHIT dan menarik balik anugerah
Sasterawan Negara, Datuk Profesor Shahnon Ahmad kerana SHIT adalah shit, kata Ahli Dewan Negara,
Senator Datuk Zainudin Maidin.


Komen:

Rakyat bersetuju dengan pandangan ZAM supaya buku itu tidak diharamkan. Sekurang- kurangnya ia dapat meredakan tanggapan negatif terhadap satu karya seni.

Rakyat cuma terkilan dengan pandangan ZAM yang mengandaikan buku tersebut dihasilkan disebabkan masalah Prof Shanon dengan pentadbiran USM. Ia pandangan yang sempit.

Rakyat tahu menilai mana yang busuk dan mana yang tidak.


BN yakin terus mendapat sokongan rakyat

KAMPUNG GAJAH 25 April - Barisan Nasional (BN) yang mewakili rakyat pelbagai kaum di negara ini yakin
akan terus mendapat sokongan kuat dan menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia yang inginkan keamanan,
perpaduan dan kemajuan dikekalkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat negara ini sentiasa menyedari
keberkesanan pendekatan mengutamakan perkhidmatan yang menjadi amalan BN, khususnya UMNO, berbanding
amalan maki hamun dan caci mencaci oleh pihak pembangkang.

Menurutnya, penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar UMNO yang menjadi tunjang BN terbukti apabila
sehingga kini lebih dua juta orang menganggotai parti itu.

''Biarkan mereka (pembangkang) teruskan cara mereka yang menghalalkan cara dan tidak ada pantang larangnya
semata-mata mahu mencapai kemenangan.



Komen:

Rakyat berharap agar diatas keyakinan beliau itu, Datok Seri Abdullah dapat berbisik kepada Dr. Mahathir supaya mengadakan pilihanraya dengan segera.

Rakyat juga tidak hairan sekiranya pilihanraya diadakan sedikit masa lagi kerana kerajaan BN akan menggunakan pendengaran kes Dato Seri Anwar minggu ini dan seterusnya sebagai satu helah untuk melalaikan rakyat dan mencacatkan jentera pilihanraya parti-parti pembangkang.

Rakyat akan menghukum kerajaan BN di atas kezalimannya selama ini.



Perjuangan kabur Keadilan pasti gagal

KUALA LUMPUR 25 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Parti Keadilan
Nasional (Keadilan) akan menemui kegagalan disebabkan oleh dasar perjuangannya tentang 'keadilan' yang kabur.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, parti itu juga akan gagal kerana niatnya hanyalah untuk meletakkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

''Dalam apa juga kerja mesti ada niat, niat mereka nak lantik Anwar jadi Perdana Menteri. UMNO yang ahlinya
2.7 juta orang tidak ada niat demikian, UMNO cuma ada niat nak bela orang Melayu dan tanah air.


Komen:
 

Rakyat sedar bahawa ketika ini parti UMNO sedang mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian masing-masing di seluruh negara. Rakyat juga tahu bahawa kebanyakan mesyuarat agong cawangan tidak diadakan mengikut perlembagaan parti. Ada cawangan yang membuat mesyuarat atas kertas sahaja. Ada yang tidak cukup korum.

Bila Dato Najib bercakap mengenai parti KeADILan di dalam perasmian mesyuarat bahagian UMNO,  jelaslah kepada rakyat bahawa parti KeADILan telah mendapat sambutan daripada kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Rakyat jelas dengan niat dan matlamat parti KeADILan ditubuhkan.

Rakyat akan menentukan nasibnya.


Kalau sudah takdir...

WALAUPUN takdir sudah terpinta, Allah juga merestui doa hajat kalau yang dipohon itu untuk sesuatu yang baik terutama bagi kepentingan umum.....

* Datuk Abdullah Ahmad, Wakil Khas Malaysia ke
PBB


Komen:

Rakyat bersetuju sebahagian besar pandangan Datuk Abdullah Ahmad ini walaupun rakyat tahu siapa dia yang sebenarnya.

Rakyat juga tahu bahawa semua ketentuan atau takdir adalah hak Allah swt.

Namun rakyat juga gerun dengan ayat Al Quran yang mengatakan bahawa sekiranya Allah swt ingin menghancurkan sesuatu ummah itu maka Dia akan meletakkan pemimpin yang zalim untuk memerintah.

Justeru itu sekiranya ummah di negara kita tidak mahu dihancurkan maka sewajarnyalah kita memilih pemimpin yang adil. Tidak seperti Dr. Mahathir yang begitu zalim yang telah mengundang pelbagai bala dan malapetaka daripada Allah swt.



Sila edarkan kepada umum.