Make your own free website on Tripod.com

Sabtu, 24 April 1999



Pas anggap novel Shahnon satu pembaharuan

KOTA BHARU, Jumaat - Pas menganggapkan isu novel berjudul Shit karya terbaru Sasterawan Negara, Prof Datuk Shahnon Ahmad, sebagai perkara biasa dan ia menunjukkan suatu pembaharuan dalam bidang penulisan.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata penulis mempunyai kebebasan dan gaya tersendiri dalam menghasilkan karya, termasuk penggunaan bahasa walaupun kurang disenangi oleh sesetengah pihak.

"Bagi Pas, isu itu adalah perkara biasa dan ini menunjukkan suatu pembaharuan bahawa setiap penulis mempunyai kelebihan tersendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

  



Komen:

Rakyat dapat menilai reaksi penulis, ahli-ahli politik dan masyarakat terhadap buku ini. Rakyat juga menganggap ini perkara biasa yang tidak perlu dipolitikkan. Namun media-media tempatan telah meningkat penjualan buku ini.

Sebenarnya matlamat Prof Shahnon menulis Satira Politik itu telah tercapai.

Pendapat mereka yang mempertikaikan buku itu adalah mereka yang memakan cili atau yang berkawan dengan orang yang memakan cili.

Rakyat tahu apa yang baik dan apa yang benar.



 
 Usaha pemulihan terbukti berjaya: Abdullah

KUALA TERENGGANU, Jumaat - Langkah pemulihan ekonomi negara yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dicemuh dan tidak diyakini pihak tertentu di dalam dan luar negara, berjaya  membawa Malaysia keluar daripada masalah itu.



Komen:

Sekali lagi rakyat mengatakan bahawa rakyat tidak nampak hasil daripada pertumbuhan ekonomi kerana para rakyat harga barang-barang makin naik dan harga tol masih meningkat.



Semua menteri Umno nafi simpan duit di luar negara

JERTIH, Jumaat - Semua menteri Kabinet daripada Umno mengakui tidak  mempunyai simpanan wang di dalam bank luar negara termasuk di Switzerland, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Katanya, pengakuan itu dinyatakan sendiri pemimpin terbabit kepada Perdana Menteri dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bagi  memberi penjelasan berhubung dakwaan pihak tertentu, termasuk melalui  Internet di negara ini.



Komen:

Rakyat gelihati melihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu ini. Kita tidak kata yang maklumat di Internet semuanya betul. Tapi sampai bermesyuarat dengan Dr. Mahathir itu kira beratlah.

Takkanlah mereka mahu mengaku. Tan Sri Rahim yang telah membelasah Dato Seri Anwar pun tidak mengaku salah.

Sebenarnya sekiranya Dr. Mahathir tahupun, dia akan menggunakan ini sebagai alat untuk mengugut mereka untuk melutut dengan nya dan bukan mahu dakwa mereka. Rakyat tidak pernah lupa. Yang selalu lupa atau buat-buat lupa adalah Dr. Mahathir.

Kalau benar dakwaan itu palsu, buat laporan polis dan siasat. Mungkin ada yang di dakwa dan bolehlah rakyat tahu dari rekod bank itu.



Rakyat Kelantan mula yakin Umno

PASIR MAS, Jumaat - Umno menerima suntikan semangat dan keyakinan baru rakyat Kelantan apabila kerajaan Pas pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mula terjebak di dalam beberapa isu yang membabitkan kepentingan rakyat di negeri ini.


Komen:

Rakyat dapat melihat bagaimana Dato Annuar mengugut kerajaan Kelantan dalam isu pinjaman mudah RM 600 juta dari kerajaan pusat.

Rakyat melihat betapa pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan bercelaru kerana kerajaan PAS disokong oleh rakyat.

Rakyat juga berharap agar Dr. Mahathir umumkan pilihanraya umum dengan cepat supaya rakyat boleh menghukum kerajaan BN.



       
Sekolah, IPT diarah siasat pelajar, tenaga  pengajar

KUALA LUMPUR, Jumaat - Pelajar, guru dan pensyarah yang terbabit dalam perhimpunan haram dan rusuhan di sini minggu lalu akan disoalsiasat oleh sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing sebelum dijatuhi hukuman.



Komen:

Rakyat terpaku melihat budaya menakut-nakutkan rakyat berleluasa sekarang. Rakyat berfikir takkan tidak ada cara lain yang lebih berkesan dan berperikemanusiaan. Rakyat yang memilih mereka dan rakyat pula yang ditakut-takutkan.

Sahlah bahawa kerajaan BN tidak menghayati tarbiayah ummah mengikut Islam.


 FRU dilengkapi peralatan baru

 KUALA LUMPUR, Jumaat - Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan disusun semula dan dilengkapkan dengan peralatan baru bagi menjamin keberkesanan tugas dan meningkatkan prestasinya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.

Beliau berkata, penyusunan semula FRU membabitkan penambahan anggota dalam unitnya daripada 12 kepada 18 orang manakala kekuatan trup ditambah daripada 64 kepada 91 pegawai dan anggota.

"Pegawai dan anggota yang bertugas lebih 10 tahun dalam FRU akan ditukar ke cawangan perkhidmatan lain bagi memperluaskan pengalaman mereka serta  memastikan tahap kecergasan mental dan fizikal pasukan itu," katanya pada  upacara penutupan Kursus Peralihan Pegawai/Anggota FRU Siri 1/99 di Pulapol, di sini hari ini.

        



Komen:

Rakyat dapat melihat bagaimana kerajaan mahukan pasukan ini dimajukan.

Rakyat bukanlah hendak mempertikaikan perkara ini tapi rakyat ingin bertanya mengikut sejarah tanah air kita, perlukah pasukan ini diperbesarkan. Dalam keadaan gawat ini, perlukah wang rakyat dibelanjakan untuk menambah peralatan ini yang bertujuan untuk menindas rakyat.

Rakyat tidak faham.



Keputusan permohonan Anwar Selasa

KUALA LUMPUR, Jumaat - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan  Selasa ini bagi keputusan permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk  Seri Anwar Ibrahim, supaya dibenarkan menghadiri persidangan Dewan Rakyat.


Komen:

Rakyat ingin mencabar bidang kehakiman supaya Dato Seri Anwar dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat mengikut undang-undang yang ada.

Yang menjadi masalah dengan negara kita ini, undang-undang ada tapi tidak digunakan dengan betul mengikut masa dan keadaan

Hanya bila undang-undang memberi kelebihan kepada kerajaan ia akan digunakan. Jika tidak ia akan dicampak ke tengah lautan.

Percayalah bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak akan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana Dr. Mahathir yang tidak mahu. Lagipun Dato Seri Anwar akan menghadapi kes liwat pula.

Rakyat sedar dan celek mengenai perkara ini.


Waran tangkap Soh timbul persoalan

WARAN tangkap terhadap usahawan Datuk Soh Chee Wen yang diumumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) awal minggu ini menimbulkan beberapa persoalan  yang setakat ini tidak dijawab lagi.


Komen:

Rakyat percaya bahawa ini adalah satu sandiwara. Rakyat tidak yakin dengan ketelusan kerajaan untuk menghapuskan gejala salahguna kuasa dan rasuah. Rakyat hairan Eric Chia masih belum dikesan hingga sekarang.

Rakyat peka bahawa selagi mereka dilindungi oleh Dr. Mahathir selagi itu badan-badan ini tidak boleh menjalankan tugasnya.



 
Tunjuk perasaan bukan cara cari pengaruh

 Oleh A Samad Ismail

CARA yang sebaik-baiknya untuk sebuah parti politik baru mencari pengaruh di  kalangan masyarakat ialah dengan menunjukkan tingkah laku yang sopan, adab serta pekerti yang santun. Dengan demikian masyarakat dapat diyakinkan untuk  menerima dasar dan cita-cita perjuangannya. Tetapi jika sebaik saja ia tertubuh maka tingkah laku dan budi pekertinya begitu kasar, sudah tentu ia tidak akan diterima oleh masyarakatnya. Ini memang menjadi amalan manusia di  mana-mana. Bagaimanakah gerangannya masyarakat akan tertarik kepada Parti        KeADILan Nasional (KeADILan) jika pengikut parti itu setelah tidak berapa  hari ia ditubuhkan, tiba-tiba melakukan rusuhan, membuat onar di tengah kota dan  umumnya mengganggu ketenteraman dan keamanan? Tetapi inilah yang berlaku  setelah diumumkan keputusan mahkamah kes rasuah bekas Timbalan Perdana        Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Komen:
 

Rakyat tidak lupa komen A Samad Ismail semasa Dato Seri Anwar dipecat dan itangkap Sepetember lalu. Nampaknya beliau telah berubah dan kita faham. Apa yang dikesalkan adalah tuduhan-tuduhan melulu terhadap parti KeADILan.

Komen-komen yang diberikan berat sebelah. Maka tarafnya serupalah dengan mana-mana penulis upahan media-media tempatan ketika ini.

Apa yang jelas tiada satu saranan beliau yang menjurus kepada penyelesaian masalah.



Sila edarkan kepada umum.