Make your own free website on Tripod.com

Sabtu, 24 April 1999


Sukma dituduh meliwat -- Mior, Azmin
didakwa memberi keterangan palsu dalam
kes Anwar

KUALA LUMPUR 23 April - Tiga kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Mohamed Azmin Ali dan Mior Abdul Razak Yahya, hari ini masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi kenyataan palsu, dan seorang daripada mereka kerana tuduhan liwat melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Oleh: KAMARIAH AHMAD



Komen:

Rakyat dapat melihat betapa kes-kes serupa ini mengundang malapetaka dan bala daripada Allah swt kerana kes liwat sewajarnya didengar di mahkamah syariah sepertimana diperuntukan dalam perlembagaan.

Rakyat juga dapat lihat betapa pihak-pihak tertentu menunjukkan dendam kesumat yang tidak henti-henti.

Rakyat melihat semua ini dan akan menghukum kerajaan BN pada pilihanraya akan datang.



Pensyarah, pelajar ITM diberi surat tunjuk sebab

SHAH ALAM 23 April - Institut Teknologi Mara (ITM) memberi surat tunjuk sebab kepada pensyarah dan
pelajarnya yang terlibat dalam rusuhan di ibu kota pada 17 April lepas, berikutan bekas Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman enam tahun penjara oleh mahkamah.



Komen:

Rakyat cuma berharap agar pihak ITM dan IPT yang terlibat akan memberikan peluang untuk membela diri secukupnya berdasarkan kepada undang-undang. Kita juga berharap agar perkara ini ditangani secara keseluruhan.



Dakwaan PM punya akaun di Israel fitnah

KUALA TERENGGANU 23 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat jangan percaya kepada
fitnah yang mengatakan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin di negara ini mempunyai akaun simpanan di bank-bank di negara Israel.

Oleh: AMIR SARIFUDIN



Komen:

Rakyat hairan mengapa Datuk Abdullah Badawi yang menjawab perkara ini kerana yang kita tahu namanya tidak terlibat. Apa yang patut kerajaan buat adalah membuat penjelasan secara terperinci kerana maklumat daripada internet itu mungkin betul dan mungkin tidak.

Rakyat percaya bahawa kalau sungguhlah perkara ini benar, mereka yang terlibat tidak akan mengaku kerana ia melibatkan wang yang banyak dan negara Israel.

Rakyat dapat melihat bagaimana budaya fitnah ini bermula dengan Dr. Mahathir sendiri.


Muhyiddin nafi simpan RM26.6 juta di
Singapura

MUAR 23 April - Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan sekeras-kerasnya
dakwaan kononnya beliau mempunyai simpanan tetap berjumlah AS$7 juta (RM26.6 juta) di American Bank di
Singapura.

Oleh: TUKIRAN KITAM


Komen:

Bila diri difitnah barulah terasa sakit dan peritnya. Ini belum lagi ke tahap ditangkap, dipukul, dibicara, dihukum dan dipenjarakan sebagaimana yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat mengatakan bahawa kalaulah ia satu fitnah, apakah tidak mungkin bahawa ia dilakukan oleh orang-orang UMNO sendiri?

Mempersalahkan pihak lain atau pembangkang adalah cara mudah untuk mengalih pandangan rakyat.

Rakyat ingin bertanya kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Mengapa nama orang lain tiada?

Rakyat tahu bahawa bukan semua berita di Internet benar dan bukan semua berita di media-media tempatan benar. Masing-masing mesti menilai. Jika perlu siasat sampai ke akar umbi.  Sekiranya ada kes maka pihak bank akan memberikan keterangan. Bukan begitu?



'Bukan polis cetus rusuhan'

KUALA LUMPUR 23 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai hari ini menafikan dakwaan bahawa polis
sengaja memprovokasi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan rusuhan di ibu negara pada 14, 15 dan 17 April lalu.

Beliau menegaskan polis tidak mendapat apa-apa keuntungan jika memulakan provokasi atau rusuhan di ibu
negara.

''Apa yang kita dapat (kalau mencetuskan rusuhan) dan tidak ada sebab. Kita lebih selesa kalau keadaan aman
kerana kita ada tugas lain yang lebih utama seperti pencegahan jenayah dan dadah.

''Bukan mudah kita hendak menghantar anggota bertugas sepanjang hari dan tugas kita bukan untuk menjaga
demonstrasi dalam bandar dan sebagainya tetapi kerana keadaan memaksa,'' tegasnya kepada pemberita di sini,
hari ini.

''Kita tidak boleh mengharapkan kalau perusuh itu bertindak liar dan kita tidak mengambil tindakan apa-apa
kerana kita takut berlaku kekasaran.

''Cuma adakah tindakan itu berpatutan atau tidak dengan keadaan,'' jelasnya.

''Kalau tuduhan berasas dan ada bukti kita akan ambil tindakan terhadap pegawai dan anggota yang melanggar
peraturan dan undang-undang.

''Ini ialah satu tindakan yang standard pada bila-bila masa...bukan maknanya kalau tohmahan itu ditujukan
kepada anggota dan pegawai polis, kita akan beri perlindungan,'' tambahnya.

''Kalau mereka ditangkap kerana terlibat dalam perhimpunan haram atau rusuhan kita akan ambil tindakan
yang sama sebagaimana perusuh yang lain,'' jelasnya.

Oleh: MOHD. RADZI MOHD. ZIN



Rakyat dapat membaca maksud yang tersurat dan tersirat dalam hal ini. Sebagai KPN, beliau bersuara sebagai seorang Ketua Jabatan.

Rakyat juga tahu bahawa ramai anggota polis yang rasuah dan tidak cekap menjalankan tugas. Perkara ini KPN tidak boleh sangkal.

Rakyat masih belum diyakini mengapa anggota polis di hadapan kamera televisyen tidak menangkap perusuh yang merusuh di hadapan mata mereka? Pelik tapi benar!



Wakil BN kritik kerajaan

BARANG kali pembangkang dalam saban perbahasan dan perdebatan di Dewan Rakyat begitu lantang membidas
kerajaan, seolah-olah menjadi jaguh kepada ketidakadilan dan kesengsaraan rakyat.

Pada masa yang sama, para penyokong kerajaan juga tidak kurang kritikal dan kerasnya terhadap segala
kelemahan dan kepincangan dalam perjalanan pentadbiran.

Oleh: LAWRENCE QUEK



Komen:

Rakyat tidak menafikan perkara ini. Namun apa natijahnya? Masalah rakyat masih berterusan. Kemiskinan masih kelihatan di sini sana.

Rakyat juga ingin melihat samada wakil-wakil rakyat BN ini akan terus menjadi calon pada pilihanraya akan datang.



Rumah murah: Dr. M arah negeri hantar
laporan

KUANTAN 23 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengarahkan semua Menteri Besar
dan Ketua Menteri menghantar laporan kedudukan terakhir pembangunan rumah kos rendah di negeri
masing-masing setiap dua minggu sekali kepadanya.


Komen:

Rakyat dapat melihat kelicikan strategi politik Dr. Mahathir. Rakyat tahu bahawa projek-projek perumahan kos tinggi dan sederhana tinggi banyak yang terbengkalai kerana pasaran yang merundum.

Anak dan kroni Dr. Mahathir melihat peluang projek mendirikan rumah-rumah murah sebagai satu bisnes untuk mereka.

Rakyat tidak buta. Yang miskin tetap miskin dan yang kaya lagi kaya.


Prestasi akademik pencapaian pelajar di
kawasan setinggan lemah

PRESTASI akademik pelajar di kawasan perumahan setinggan sekitar Lembah Klang dan Selangor jauh
ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka di luar bandar.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Saranum Karimon berkata, kajian
beliau mendapati pencapaian pelajar dari Kampung Medan atau Taman Dato Harun, Petaling Jaya, kurang memuaskan berbanding pelajar dari Sabak Bernam atau Kuala Selangor.

Oleh: ROHANA MAN


Komen:

Ini satu lagi bukti bagaimana kerajaan BN telah gagal dalam menyelesaikan masalah rakyat. Apa guna projek mega sedangkan rakyat jelata tetap menderita.

Rakyat melihat perkara ini dan meratap apabila kekayaan negara hasil daripada pertumbuhan ekonomi selama ini tidak dirasai bersama.


Jangan ambil kesempatan kelembutan kerajaan

SEPULUH pelajar sekolah dan 23 pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) serta seorang guru dan dua
pensyarah Institut Teknologi Mara (ITM) kini sedang menanti hukuman setimpal di atas kesalahan melanggar
amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka...

Oleh: ZALINA YAHAYA


Komen:

Rakyat dapat menyaksikan apa jua isu yang berlaku, rakyat jelata yang salah dan pihak kerajaan tidak pernah salah.

Pemikiran yang lebih kritis diperlukan untuk menegak yang benar dan membenteras yang salah. Usahlah mencari jalan mudah untuk menyalahkan rakyat.

Rakyat mencadangkan satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.


BISIK-BISIK

PRESIDEN Pas, Fadzil Noor, beberapa hari lalu dilaporkan berkata bahawa parti itu akan memberi tanah
kepada rakyat Kedah jika mereka mengundi Pas.

Ini satu janji besar yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Bekas Menteri Besar Kedah, Osman Aroff, mentafsirnya sebagai satu cubaan oleh Pas untuk menanamkan unsur-unsur rasuah ke dalam diri rakyat negeri itu.

Jika direnungkan, ada betulnya pada apa yang Osman perkatakan itu. Dalam kempen pilihan raya, adalah perkara
biasa parti-parti yang bertanding menjanjikan pembangunan secara umum.

Tapi secara khusus menjanjikan tanah membawa erti yang berlainan, malah, ada bahayanya.

Yang perlu ditanya, bolehkah janji seperti itu ditunaikan?

Awang - Ingin jadi rakyat Kedah.


Komen:

Rakyat melihat pandangan Osman dan Awang ini sebagai satu pandangan yang sempit. Osman sendiri sewaktu menjadi MB telah memberikan tanah kepada "rakyat". "Rakyat" yang dimaksudkan di sini adalah anak dan kroni beliau. Bukankah ini benar?

Rakyat dapat membaca apa yang dimaksudkan oleh Dato Fadzil adalah rancangan- rancangan tanah untuk rakyat seperti FELDA dsbnya.

Rakyat tidak lupa bagaimana projek ini diabaikan sekarang dan badan-badan seperti FELDA dll diswastakan.



Sila edarkan kepada umum