Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 23 April 1999



'Karya satira tidak perlu bahasa lucah'

KUALA LUMPUR, Khamis - Penghasilan karya satira tidak memerlukan penggunaan bahasa lucah biar seberat mana pun kemarahan penulis terhadap orang lain, kata tokoh akademik, Tan Sri Dr Awang Had Salleh.


Rakyat dapat menyaksikan reaksi beberapa ahli akademik dalam membicarakan buku tersebut. Bayangkan mereka juga telah menjadi tukang-tukang karut seperti Dato Ibrahim Ali.


Rozali ramal KeADILan ikut nasib S46

KOTA BHARU, Khamis - Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dijangka menerima nasib sama seperti Parti Melayu Semangat 46 (S46) jika berhasrat bekerjasama atau bergabung dengan Pas untuk menentang Umno dan Barisan  Nasional (BN).


Inilah suara-suara sumbang bekas pemimpin parti S46. Rakyat dapat saksikan betapa bekas presiden dan pemimpin parti S46 begitu mudah ditipu oleh Dr. Mahathir bukan sekali tapi banyak kali.

Pandangan-pandangan beliau begitu sempit sekali. Contohnya Dr. Mahathir telah mewujudkan dua menteri kewangan. Apakah ini tidak menjawab al kisah dua timbalan menteri di Kelantan?

Rakyat tidak melihat parti KeADILan sama dengan parti S46.

Rakyat akan menyokong parti ini dan parti-parti yang bersekutu dengannya.


Pinjaman kepada Indonesia dibatal

KUALA LUMPUR, Khamis - Malaysia membatalkan hasrat memberi bantuan pinjaman AS$1 bilion kepada Indonesia kerana negara ini sendiri menghadapi  masalah ekonomi.


Sejak dahulu lagi, rakyat menjangka perkara ini akan berlaku.

Dalam nada yang sama mengapa kerajaan Dr. Mahathir meneruskan projek-projek anak dan kroninya?

Rakyat pilu melihat mahligai Dr. Mahathir di Putra Jaya dan rakyat ingin menyaksikan pula kecanggihan "Global Express"

Rakyat sungguh mual dengan kerajaan hipokrit ini.


Kit Siang cadang Shahnon didakwa

 AHLI Parlimen DAP Tanjong, Lim Kit Siang, mencadangkan supaya penulis buku kontroversi, Prof Datuk Shahnon Ahmad, didakwa di mahkamah jika beliau memfitnah mana-mana pihak menerusi bukunya Shit.


Rakyat bersetuju dengan cadangan Kit Siang kerana kita semua tahu bahawa buku itu adalah sebuah buku fiksyen. Buku itu tidak menghina mana-mana pemimpin di Malaysia samada dari BN atau yang lain.

Apa yang jelas mereka yang makan cili dialah yang rasa.



 SPR mudah kesan pengundi hantu

KOTA BHARU, Khamis - Mulai tahun ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  memperkenalkan sistem rangkaian terus atau 'on line' dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menentukan kesahihan identiti seseorang        pengundi dengan cepat....



Apabila SPR mengatakan perkara ini jelas ia adalah satu penipuan yang terang-terangan kerana bukti di Sabah adalah jelas.

Rakyat dapat melihat betapa SPR seringkali membuat persepadanan kawasan pilihanraya hanya kerana ingin memenangkan kerajaan BN. Selain isu undi hantu, isu penyalahgunaan jentera dan kemudahan kerajaan juga berleluasa dan SPR tidak melakukan apa-apa.

Rakyat mahu SPR berkata benar.


Koleksi milik PM, isteri dilelong

KUALA LUMPUR, Khamis - Koleksi barang berharga milik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Datin Seri Dr Siti Hasmah  Mohd Ali, menjadi penyumbang terbesar lelongan harta milik Dana Khas        Negara hari ini...


Rakyat melihat bilamana Datin Seri Hasmah sanggup berpisah dengan barang kemasnya yang bernilai begitu mahal semahal sebuah rumah, ia menunjukkan betapa banyaknya barang-barang kemasnya.

Apakah barang-barang milik Datin Seri Hasmah sebanyak Imelda Marcos?



 Mencaci bukan sikap mukmin

 Kuliah Pagi

 ASSALAMUALAIKUM. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha  Mengasihani. Syukur kita semua kehadrat Allah SWT kerana berkat rahmat  dan hidayah-Nya kita dapat bertemu lagi hari ini. Selawat dan salam kepada  junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan pengikut setianya.

 Malam tadi Tok Guru membuka kitab mengenai perbuatan mengutuk dan dosa yang terbit daripada lidah.



Rakyat menggeleng kepala melihat gelagat penulis ini yang sebenarnya hanyalah sekadar penulis upahan BH.

Apa yang menyedihkan adalah penggunaan ayat-ayat Al Quran dan hadis Rasullulah SAW bagi tujuan politik sempit.

Inilah contoh ulama fasik yang ada di Malaysia.

Buktinya adalah apa yang beliau tulis di akhir penulisan tersebut:
 

Begitulah hadis Rasulullah yang melarang umatnya mencaci maki, mengutuk  mahupun menggunakan kata-kata keji. Namun itulah yang Shahnon Ahmad  tuliskan dalam novelnya yang terbaru berjudul Shit.

Rakyat mencabar penulis ini supaya mengaitkan segala ayat-ayat ini kepada Dr. Mahathir dan konco-konconya.



Sila edarkan kepada umum.