Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 23 April 1999



Mengaku tidak bersalah' -- Rahim Noor
dituduh cuba datangkan cedera parah
kepada Anwar

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan cuba mendatangkan cedera parah kepada Datuk
Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis, September tahun lalu......


Rakyat dapat melihat bagaimana Tan Sri Rahim jika sabit kesalahan hanya akan dikenakan penjara 3 tahun setengah dan Tan Sri Rahim juga dibebaskan tanpa ikat jamin kerana pihak pendakwaraya hanya menyaman beliau seperti saman trafik.

Rakyat tidak terkejut sekiranya Tan Sri Rahim hanya dikenakan hukuman ringan seperti hukuman penjara yang singkat dan denda yang rendah kerana kesilapan teknikal pihak pendakwaan.


PM tolak dakwaan Anwar diberi kata dua

KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan, beliau tidak pernah
memberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan undang-undang tidak akan diambil jika timbalannya itu
mengundurkan diri secara sukarela.

''Dia mendakwa kononnya saya kata kepada dia (Anwar), kalau dia undur dia tidak akan didakwa. Ini bohong
semata-mata,'' katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan usul kajian separuh penggal Rancangan
Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas pertanyaan wartawan media asing mengenai dakwaan
Anwar itu yang disebut dalam kenyataannya di mahkamah minggu lalu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau hanya mengatakan adalah lebih baik Anwar berundur secara biasa kerana terdapat
juga menteri-menteri kabinet dan menteri Besar yang diberhentikan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.

''Sebaliknya bila saya beritahu dia suruh undur, dia kata tidak akan undur tetapi akan lawan balik.

''Saya tidak pernah kata kalau dia undur tidak akan ada dakwaan, itu bukan hak saya untuk menentukan,'' katanya.

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September tahun lepas dan daripada UMNO sehari selepas itu.

Perdana Menteri berkata, masalah yang timbul pada Anwar ialah kerana beliau merasakan boleh campur tangan
dalam proses undang-undang seperti yang dilakukannya dalam kes surat layang.

''Dia yang bertindak sendiri membuat laporan polis. Jadi apabila polis mendapati ada sesuatu yang salah, mereka
terpaksa mengambil tindakan mahkamah dan saya tidak ada kuasa untuk menghentikan,'' katanya.

Menurut beliau, undang-undang tetap akan berjalan tanpa mengira status seseorang.

''Malangnya kita cuma bercakap tentang semua orang adalah sama di sisi undang-undang tetapi apabila kena
kepada diri sendiri atau kawan, kita berpendapat undang-undang tidak baik.

''Undang-undang sama sahaja apabila kena kepada Anwar, sama juga semasa kena pada Menteri Besar
Selangor dan menteri-menteri kabinet lain,'' ujarnya sambil memberi contoh kes anggota Exco kerajaan negeri
Melaka, Datuk Sahar Arpan, yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah baru-baru ini.

Menurut Dr, Mahathir, kalau ikutkan dakwaan Anwar, beliau (Dr. Mahathir) boleh menghentikan pendakwaan
kerana Sahar adalah orang UMNO.

''Tetapi kita tidak kacau kerana itu urusan Peguam Negara dan polis. Mereka jalankan kerja,'' katanya.

Dr. Mahathir kemudian ditanya sama ada pertuduhan lain akan diteruskan terhadap bekas Timbalan Perdana
Menteri itu selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun atas empat pertuduhan rasuah minggu
lepas.

Katanya, terpulang kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, untuk menjalankannya kerana beliau
tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan itu.



Rakyat ingin katakan kepada Dr. Mahathir bahawa rakyat bukan sebodoh yang beliau fikirkan.
Antara cakap Dr. Mahathir dan cakap Datuk Seri Anwar, rakyat berpendapat bahawa Dr. Mahathir yang berbohong kerana rakyat tahu bahawa setiap kes lebih-lebih lagi yang melibatkan ahli kabinet mesti dimaklumkan kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu, untuk mendapat arahan. Oleh itu apabila beliau mengatakan bahawa beliau tidak tahu ia adalah sebesar-besar pembohongan.

Rakyat tidak lupa dimana sehari selepas Datuk Seri Anwar dipecat, afidavit kes Dato Nallakaruppan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar disiarkan di Malay Mail sungguhpun mahkamah tidak membuat keputusan pada sebelah paginya. Ini jelas menunjukkan bahawa Dr. Mahathir berbohong.

Rakyat tidak dapat menerima dakwaan Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa kes Datuk Seri Anwar adalah sama dengan kes-kes yang lain kerana Datuk Seri Anwar tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Peluang untuk Datuk Seri Anwar menjadi kaya raya dan bersenang lenang berada di hadapan beliau namun beliau tidak dapat bersekongkol lagi dengan Dr. Mahathir.


Pihak asing lebih ghairah ramalkan
pertumbuhan besar

KUALA LUMPUR 22 April - Pihak asing kini lebih ghairah meramalkan pertumbuhan besar ekonomi Malaysia
berbanding kerajaan sendiri ekoran tanda-tanda pemulihan ekonomi negara yang semakin jelas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan menjangkakan negara mencapai
pertumbuhan ekonomi sebanyak satu peratus pada tahun ini tetapi pihak luar meramalkan lebih daripada itu.

''Kita anggar satu peratus tetapi kita dapati banyak daripada bank-bank dan pengurus dana luar negara yakin
bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih daripada itu,'' katanya.


Rakyat hairan melihat keangkuhan Dr. Mahathir dalam menangani kegawatan ekonomi semasa pembentangan kajian rancangan Malayasia ke 7.

Dalam pasaran global, indikator-indikator tertentu digunakan. Sekiranya kerajaan Malaysia tidak mahu mengikutinya sebagaimana lain-lain negara sewajarnya negara kita seperti katak bawah tempurung.

Rakyat juga masih ingat lawatan Dr. Mahathir ke Cuba sedikit masa lalu. Adakah ini salah satu yang beliau dapat daripada Fidel Castro.



PM: Pertumbuhan 5% tahun depan

KUALA LUMPUR 22 April - Kerajaan optimis ekonomi Malaysia akan mencatat pertumbuhan sebanyak 5 peratus
pada tahun depan ekoran arah aliran yang positif dalam semua sektor ekonominya...


Bagi rakyat jelata pertumbuhan ini tidak bermakna sekiranya Indeks Pengguna berada di paras yang tinggi.

Kerajaan boleh menipu rakyat melalui angka-angka tertentu tetapi yang nyata rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang dan tol.

Rakyat tahu bahawa dalam dasar ekonomi Dr. Mahathir, yang kaya lebih kaya dan yang miskin semakin miskin.

Rakyat masih melihat hutang-hutang kerajaan telah meningkat dari semasa ke semasa.


Pendakwaan ke atas Rahim tidak akan
hentikan tohmahan

KUALA LUMPUR 22 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, pendakwaan ke atas
bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor hari ini tidak akan menghentikan tohmahan bahawa negara
ini mengamalkan perbicaraan secara berpilih.

''Tidak, sekali-kali tidak. Mereka yang telah tersemat dalam fikirannya bahawa negara ini tidak baik akan terus
mengecapnya sedemikian.

''Malah penyokong mereka dalam negara ini juga akan terus mengatakan bahawa negara ini sudah teruk,'' katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen selepas membentangkan usul kajian separuh penggal Rancangan
Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan sama ada pendakwaan Abdul Rahim akan menamatkan kritikan sesetengah pihak tentang sistem undang-undang di negara ini yang didakwa menjalankan perbicaraan secara berpilih.

Perdana Menteri berkata, pendirian pihak berkenaan tidak ada kaitan sama sekali dengan fakta atau sistem sedia ada tetapi disebabkan oleh pemikiran mereka yang telah tertutup.

''Misalnya, saya membentangkan (usul) kajian tanpa sebarang motif politik. Kalau anda baca keseluruhannya,
saya tidak ada menyebut apa-apa mengenai politik. Saya hanya berminat kepada ekonomi negara dan bagaimana
kita boleh memulihkannya,'' katanya.



Rakyat dapat melihat betapa angkuhnya Dr. Mahathir. Sedikit kesihatan yang Allah swt berikan, beliau telah menunjukkan belangnya.

Rakyat bukanlah sebodoh yang Dr. Mahathir sangkakan. Cuma yang rakyat lihat beliau adalah seorang ahli politik yang licik yang menghalalkan cara walaupun bertentangan dengan Islam.



PM dapat tepukan daripada anggota BN

KUALA LUMPUR 22 April - Kemunculan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bagi membentangkan usul kajian
separuh penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat hari ini, yang merupakan acara rasmi pertama
beliau dalam tempoh tiga minggu, melenyapkan segala keraguan mengenai kesihatannya.

Semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memberikan tepukan meja sebagai tanda mengalu-alukan kehadiran
beliau sebaik sahaja Perdana Menteri melangkah masuk ke dalam dewan pada 10.37 pagi.


Rakyat tidak yakin semua ahli Parlimen Barisan Nasional bertepuk ketika itu kerana rakyat tahu ada di kalangan mereka yang anti Dr. Mahathir.  Yang tepuk sakan tentunya Datuk Ibrahim Ali dan yang bersekutu dengannya.



Kerajaan tiada masalah dapatkan dana RM2
bilion

KUALA LUMPUR 22 April - Malaysia tidak akan menghadapi sebarang masalah mendapat dana bagi
membiayai peruntukan tambahan sebanyak RM22 bilion yang diperlukan untuk melaksanakan segala projek
ekonomi dan sosial di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7).

Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara mempunyai cukup punca pembiayaan
dalam negara di samping rancangan mendapatkan dana dari luar negara.



Rakyat yang prihatin dapat menyingkap agenda sebenar di sebalik projek-projek pembangunan ini yang akan mengisi kantong anak dan kroninya.  Sebagai contoh pengkorporatan hospital-hospital kerajaan akan diteruskan. Maka mudahlah anak dan kroni Dr. Mahathir mengaut keuntungan demi keuntungan melalui konsortium tertentu yang memberikan perlbagai perkhidmatan kepada hospital-hospital tersebut.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat juga.

Rakyat telah mual dengan taktik kotor ini.



Sila edarkan kepada umum.