Make your own free website on Tripod.com

Khamis, 22 April 1999



Abdullah saran penghulu belajar komputer
 

KUALA LUMPUR, Rabu - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penghulu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat (IT) bagi membantu menjalankan tugas terutama dalam usaha memulihkan ekonomi negara.


Rakyat melihat saranan Datuk Seri Abdullah ini sebagai satu usaha kerajaan untuk menangkis maklumat-maklumat benar di Internet. Kita berharap agar para penghulu dan penggawa ini cepat-cepat mahir supaya mereka menerima maklumat yang sebenar berkaitan dengan keadaan negara kita yang tercinta. Biarlah maklumat-maklumat ini meng"turnover"kan mereka untuk sama-sama mereformasikan Malaysia.


AUKU tidak sekat kebebasan berfikir:
        Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, Rabu - Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 tidak menghalang pelajar daripada bergerak aktif di kampus, terutama  dalam kegiatan yang memanfaatkan mereka, kata Timbalan Menteri        Pendidikan, Datuk Khalid Yunus.

Menurutnya, dakwaan bahawa akta itu menyekat kebebasan berfikir kakitangan dan pelajar universiti tidak tepat kerana akta itu sebenarnya bertujuan memupuk sifat kepimpinan dan keperibadian pelajar.

"Peruntukan di dalam akta itu juga adalah bagi mempastikan pelajar-pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mengambil peluang sepenuhnya  untuk menimba pengalaman dan meningkatkan pengetahuan,"

........

 Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk   Chan Kong Choy, ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu  berkata, kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengadakan sebarang  bentuk tapisan dalam Internet walaupun ia digunakan oleh pihak tidak        bertanggungjawab bagi menyebarkan bahan fitnah dan lucah.

"Pengusaha kafe siber misalnya perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan tidak membenarkan pengunjung menggunakan kemudahan Internet di premis  mereka untuk menyebarkan fitnah serta bahan lucah," katanya.


Walaupun kerajaan cuba menafikan kesan AUKU terhadap mentaliti pelajar di IPT, hakikatnya selepas lebih daripada 20 tahun, akta ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang pada keseluruhannya kaku. Kebanyakan mereka tidak berani bersuara untuk memberikan pendapat lebih-lebih lagi mencabar dasar-dsasar kerajaan yang tidak berkesan. Ini sangat relevan bagi pelajar-pelajar di bidang tertentu seperti sains politik, ilmu kemanusiaan dan sains sosial.

Kenyataan Datuk Chan juga mengelirukan kerana perkembangan IT dan internet akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat. Rakyat yang matang tahu menilai apa yang baik dan apa yang tidak baik. Seebenarnya, apa yang kerajaan bimbang adalah kemungkaran- kemungkaran mereka diketahui rakyat kerana sebahagian besar laman-laman web reformasi memberikan maklumat yang tepat.


ISA masih diperlukan: Ong

 AKTA Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidak akan dimansuhkan kerana ia  masih diperlukan bagi membanteras kegiatan yang boleh memudaratkan  keselamatan dan keamanan dalam negara.

 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ong Ka Ting, berkata kerajaan sudah berkali-kali mengatakan bahawa ISA masih diperlukan dan tidak akan dimansuhkan.

"Dengan adanya undang-undang ini kerajaan dapat menangani kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan negara sekaligus menyediakan perkhidmatan yang perlu bagi kehidupan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih bermakna," katanya menggulung perbahasan usul terima kasih kepada titah Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini

......
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Tajol Rosli Ghazali, ketika menggulung perbahasan usul yang sama menjelaskan, Suruhanjaya  Pilihanraya (SPR) tidak pernah membenarkan pemindahan pemilih dari satu bahagian pilihan raya ke bahagian pilihan raya yang lain kecuali atas  permohonan pemilih itu sendiri.


Rakyat sememangnya tidak melihat relevannya ISA kerana banyak undang-undang lain yang lebih relevan telah digubal seperti Akta Polis dan Akta Pencegahan Rasuah. Jaminan Datuk Ong bahawa ISA tidak disalahgunakan oleh kerajaan adalah bohong kerana rakyat dapat melihat satu demi satu tangkapan dibuat dengan sewenang-wenangnya. Kemungkinan Datuk Ong hanya akan merasai  kesan ISA apabila ia melibatkan diri, keluarga dan sahabat handainya.

Rakyat juga mempertikaikan kenyataan Datuk Ong terhadap kewibawaan pasukan polis kerana imejnya begitu buruk sekali.

Rakyat juga ingin mengingatkan Datuk Tajul Rosli bahawa yang menjadi masalah dengan SPR adalah ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka mengendalikan daftar tersebut. Penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan berlaku apabila kelemahan-kelemahan ini digunakan untuk menutup agenda kotor BN sepertimana yang berlaku di Sabah baru-baru ini..



 Anwar berhak hadiri Parlimen: Karpal

 KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, Datuk  Seri Anwar Ibrahim masih mempunyai hak untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana belum hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh......


Rakyat dapat melihat betapa wujudnya akta dan undang-undang tetapi tidak diamalkan oleh penjawat jawatan kerana sebab-sebab tertentu. Rakyat tidak buta. Rakyat tahu bahawa proses undang-undang perlu dipatuhi sebagaimana yang diambil oleh Peguam Karpal Singh. Yang dikesalkan adalah campurtangan politik dalam urusan perundangan dan kehakiman di negara ini.


Ambil alih sekolah agama: GPMS

KUALA LUMPUR, Rabu - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak Kementerian Pendidikan mengambil alih pentadbiran sekolah agama rakyat (SAR) di seluruh negara kerana ramai pelajarnya didapati antikerajaan.


Rakyat melihat betapa sebuah badan pelajar diperalatkan oleh seorang ahli politik. Rakyat tahu bahawa GPMS tidak meliputi pandangan majoriti pelajar melayu. Inilah satu contoh di mana penjawat jawatan telah menyalahgunakan sebuah badan sukarela bagi tujuan politik. Tuduhan Datuk Suhaimi bahawa ramai pelajar Sekolah Agama Rakyat menentang kerajaan adalah satu fitnah yang nyata. Berkata benar kepada pembohongan dan penyelewengan kerajaan seharusnya tidak ditakrifkan sebagai antikerajaan.



'Shit' cemar kesucian sastera Melayu

Minda Pengarang

KELAHIRAN novel terbaru Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr  Shahnon Ahmad berjudul Shit (diterbitkan oleh Pustaka Reka, 2046 A Jalan  Raja Perempuan Zainab II, 16150 Kubang Kerian, Kelantan dan dicetak oleh PAP Sdn Berhad, Telipot, Kota Bharu, Kelantan) menimbulkan pelbagai  reaksi daripada masyarakat...



Rakyat dapat melihat betapa jumudnya pemikiran penulis ini. Hanya kerana beliau diupah untuk membidas buku tersebut atas sebab politik maka hujah-hujah beliau kebanyakan tidak relevan kepada realiti budaya politik UMNO yang sememangnya kotor dan jijik.

Penulisan novel yang berbentuk fiksyen ini sebenarnya adalah satu karya seni dan kreativiti yang menunjang realiti.

Rakyat dapat menilai apa yang tersirat dan lebih tersirat di sebalik novel ini.

Sekali lagi rakyat melihat bagaimana penulis menggunakan ayat Al Quran untuk menguatkan pandangan beliau yang bersifat sekular.



Sila edarkan kepada umum.