Make your own free website on Tripod.com

Khamis, 22 April 1999



Novel SHIT akan dikaji - KDN

KUALA LUMPUR 21 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji dengan teliti novel terbaru Sasterawan Negara, Profesor Shahnon Ahmad, bertajuk SHIT yang didakwa mengandungi banyak perkataan mencarut, lucah dan menjijikkan sebelum sebarang tindakan diambil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ong Ka Ting berkata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan tergesa-gesa untuk menangani perkara itu termasuk mengharamkan penerbitan dan penjualan novel itu selagi siasatan belum selesai dijalankan.......

''Kita tidak galakkan orang cuba mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku yang mendatangkan kesan negatif kepada rakyat negara kita.

''Kita berharap semua rakyat yang terlibat dalam penulisan, menerbit dan mencetak buku kena bertanggungjawab,'' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.


Seperti diduga, KDN akan menjalankan tanggungjawabnya terhadap buku ini. Apa yang menarik buku ini mempunyai maksud yang tersirat dan lebih tersirat. Kalau dahulu para penulis menentang Malayan Union melalui penulisan masing-masing kali ini sebagai pejuang, Prof. Shahnon telah membuktikan beliau adalah seorang pejuang juga dalam menghadapi senario politik yang begitu kotor dan busuk menjangkaui budaya bangsa melayu dan Islam.

Apapun respons rakyat terhadap buku ini apa yang jelas bahawa itulah realiti budaya politik UMNO selama ini.


2 pensyarah, 33 pelajar sah terlibat dalam
rusuhan

KUALA LUMPUR 21 April - Dua orang pensyarah, seorang guru dan 33 pelajar dikenal pasti terbabit dalam
rusuhan jalanan di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dua pensyarah itu ialah dari Institut Teknologi Mara (ITM). Para pelajar yang terlibat pula terdiri daripada tujuh orangari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) termasuk dua pelajar rakyat Indonesia, ITM (lima), kolej swasta (11), sekolah menengah kebangsaan dan sekolah agama (masing-masing lima orang).

''Saya akan memanggil satu mesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini.



Rakyat ingin mengingatkan Dato Najib bahawa supaya menunjukkan keadilan dalam menangani isu ini. Apa yang pasti beliau seharusnya memastikan bahawa prosedur diikuti dan mereka diberikan peluang seluas-luasnya untuk membela diri sebelum hukuman dijatuhkan.

Rakyat juga berharap agar Dato Najib jangan menunjukkan sikap pilih kasih terhadap penggunaan apa jua sumber dan kemudahan di sekolah-sekolah termasuk parti UMNO-BN.

Rakyat dapat melihat penyalahgunaan sekolah-sekolah dan guru-guru untuk majlis-majlis politik UMNO-BN



Rahim Noor dijangka dihadapkan ke
mahkamah hari ini

KUALA LUMPUR 21 April - Bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Rahim Noor dijangka dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen di sini esok bagi menghadapi tuduhan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Anwar dalam tahanan polis September tahun lalu.


Rakyat ingin melihat tingkahlaku kerajaan dalam isu Tan Sri Rahim ini.

Rakyat menjangkakan bahawa Tan Sri Rahim akan mengaku salah dan dikenakan hukuman yang kalau dibandingkan dengan kes Dato Seri Anwar adalah jauh lebih ringin.


Reformasi UKM bertindak lebih tegas

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bertindak lebih tegas menangani aktiviti pro reformasi di
kampusnya dengan turut mengambil tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan demonstrasi aman.

Kata Timbalan Pendaftar (HEP) UKM, Addenan Abdul Rahman: "Sama ada demonstrasi itu diadakan secara aman
atau ganas, ia tetap satu kesalahan di universiti dan tindakan akan dikenakan terhadap mereka.''


Rakyat hairan dengan sikap UKM dan Kementerian Pendidikan kita. Bila IPT dikorporatkan, pelajar adalah klien IPT.  Mereka membayar yuran dan IPT semestinya melayan kehendak klien dengan baik bukan diomokkan dengan ugutan. Mana wujud klien diugut dalam aspek kualiti?

Penggunaan Akta Universiti untuk membendung keprihatinan pelajar terhadap isu-isu negara adalah menyonsang daripada cubaan untuk mewujudkan masyarakat yang maju di negara kita.

Kalaulah pelajar hanya bertujuan untuk belajar semata-mata, maka akan pincanglah masyarakat generasi akan datang. Mereka dihimpit rasa takut dan dinafikan hak untuk bersuara.



Washington Post diselar kerana artikel "memalukan"

KUALA LUMPUR 21 April - Akhbar Washington Post telah diselar kerana menyiarkan sebuah artikel di bawah
tajuk Mr Mahathir's Disgrace pada 19 April lalu.

Sambil melahirkan rasa terkejutnya terhadap apa yang disifatkannya sebagai sebuah artikel yang ''memalukan'',
penasihat korporat Kumpulan Sungei Way, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, akhbar tersebut sekurang-kurangnya harus bersikap profesional dengan menulis berasaskan fakta sekalipun ''ia mempunyai agenda tersembunyi yang perlu memenuhi dasar sidang pengarangnya.''



Inilah suara seorang kroni Dr. Mahathir. Apalah yang hendak diperbesar-besarkan perbezaan pandangan antara media asing dan media tempatan tajaan kerajaan. Selagi media tempatan tidak melaporkan yang benar maka usah dituntut media asing melapor yang benar.

Perbezaan pendapat dalam negara maju dan dunia global adalah biasa. Negara kita janganlah terus duduk di bawah tempurung dang mengharap orang menghormati kita sedangkan kita asyik mengutuk orang.

Mana boleh Dr Mahathir bersuara lantang di dunia sedangkan dalam masa yang sama beliau membunuh suara rakyatnya sendiri.



Moody's tukar penarafan kepada stabil

WASHINGTON 21 April - Moody's Investors Service Selasa telah menukar ramalan masa depannya bagi had
tertinggi mata wang asing jangka panjang negara Malaysia untuk bon-bon dan nota-nota dan bagi deposit bank mata wang asing kepada stabil daripada negatif.



Rakyat tidak lupa kutukan Dr. Mahathir apabila Moody's menurunkan taraf ekonomi Malaysia ke paras negatif. Bila Moody's menaikkan taraf tiada pula beliau memuji Moody's.

Sebenarnya rakyat dapat lihat betapa jumudnya pemikiran Dr. Mahathir kerana kita tahu bahawa penilaian Moody's bergantung kepada fakta dan angka dan bukan kepada emosi macam Dr. Mahathir.


Jangan conteng arang di muka pengetua

KESATUAN Guru Sarawak berharap guru-guru tidak menconteng arang ke muka guru besar atau pengetua
dengan pembabitan dalam politik secara terang-terangan.  "Saya kesal kerana ada pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab mengedarkan borang-borang keahlian parti politik di sekolah-sekolah,'' kata Presidennya, William Ghani Bina ketika dihubungi.......

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim, menyelar
pihak-pihak berkenaan yang tidak menghormati institusi sekolah sebagai satu tempat yang bebas daripada
kongkongan politik.

"Perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku di sekolah kerana ia akan menjejaskan kewibawaan dan keharmonian yang sepatutnya disemai di kawasan sekolah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Abd. Rahman Daud, menyarankan kepada
sesiapa yang ingin bergiat aktif di dalam bidang politik supaya meninggalkan pekerjaan mereka di jabatan awam.

"Itu adalah lebih baik kerana kita tidak mahu mereka menimbulkan keadaan kelam-kabut dan 'cacamarba' di
jabatan masing-masing apatah lagi kalau orang tersebut merupakan seorang guru.



Rakyat dapat melihat betapa dungunya profesion perguruan ketika ini. Inilah hasil dasar-dasar pendidikan di bawah Dato Najib. Begitu sempit pandangan para pendidik kita sehinggakan mereka cuba menipu diri dan rakyat.

Rakyat masih ingat jentera sekolah digunakan untuk politik UMNO-BN. Rakyat melihat bagaimana guru-guru adalah penyokong-penyokong kuat UMNO-BN satu masa dulu.

Rakyat masih ingat bagaimana guru-guru menunjangi UMNO-BN. Tetapi setelah UMNO dikorporatkan hilang bisa guru dalam arena politik.

Guru adalah rakyat. Murid dan pelajar adalah rakyat. Rakyat mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat betapa zalimnya kerajaan Dr. Mahathir.

Rakyat akan menghukum mereka di dalam pilihanraya akan datang.


CORETAN MUAL SEORANG
SASTERAWAN NEGARA

NOVEL terbaru Datuk Profesor Shahnon Ahmad sungguh mengejutkan. Ia bukan hanya mengejutkan masyarakat
biasa tetapi juga amat memalukan dan mencemar nama baik komuniti ilmuwan di menara gading dan penulis.

Siapa menyangka seorang cendekiawan bertaraf Profesor Emiritus, Sasterawan Negara dan ahli seumur hidup Pas,
sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, sanggup menghasilkan sebuah novel yang bukan hanya
tajuknya menjijikkan tetapi keseluruhan isi kandungannya begitu lucah dan memualkan.

Walaupun novel itu berkonsep satira politik, penuh dengan sindiran, kiasan dan bunga bahasa tetapi apa yang tersirat boleh 'dibaca' dengan jelas dalam konteks senario dan iklim politik hari ini.



Pendapat penulis dalam rencana ini adalah memualkan. Ini dijangkakan kerana beliau tidak lebih sekadar penulis upahan dan budak suruhan Ketua Pengarangnya untuk menangkis kesan buku itu terhadap rakyat mengenai realiti politik di tanah air kita.

Bila seorang ilmuan dan Sasterawan Negara menulis begitu sememangnya kita dapat menjangka reaksi ahli-ahli UMNO-BN dan para penyokongnya.

Sebenarnya itulah realitinya. Budaya politik UMNO-BN memang kotor dan dipenuhi najis bukan sahaja sekarang tetapi sejak zaman Dato Onn lagi. Cuma sekarang ia sangat parah.



Musibah JE/Nipah tingkatkan nilai insurans

KERUGIAN wang berjuta-juta ringgit dan korban nyawa yang telah menimpa penternak-penternak babi akibat
wabak virus Japanese Encephalitis (JE) dan Nipah seharusnya meningkatkan kesedaran menguruskan risiko
pengurusan dalam sektor pertanian melalui insurans.



Cadangan ini bukanlah satu cadangan yang baru. Dasar-dasar kerajaan yang meminggirkan pertanian berbanding perindustrian dan perkilangan telah mengakibatkan pelbagai kegawatan.

Wajarlah bila musibah diturunkan oleh Allah swt maka barulah manusia mahu berfikir.

Rakyat ingin bertanya adakah Dr. Mahathir memepercayai bahawa isu JE/Nipah ini satu musibah atau bala dari Allah swt? Tidakkah beliau tahu musibah ini disebabkan oleh kemungkaran di negara kita ini?



Sila edarkan kepada umum