Make your own free website on Tripod.com

Rabu, 20 April 1999



1. Keadilan sukar bertapak -- Tiada pemimpin
berpengalaman dan kumpulan akar umbi -
Ku Li

KUALA LUMPUR 20 April - Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan menghadapi masa depan yang sukar memandangkan ia tidak mempunyai seorang pun pemimpin yang berpengalaman dalam arena politik negara........

Oleh YULPISMAN ASLI



Rakyat yang prihatin tidak dapat menerima pandangan Tengku Razaleigh ini kerana KeADILan adalah berlainan daripada parti S46.  Rakyat melihat parti S46 sebagai satu parti serpihan UMNO yang disebabkan perebutan kuasa antara Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir.

KeADILan adalah berbeza. Ia adalahi wadah untuk semua lapisan rakyat Malaysia yang bersatu menuntut keadilan akibat kepincangan dan kezaliman kerajaan UMNO-BN.

Apa yang penting KeADILan mendapat sambutan rakyat samada yang berparti atau tidak berparti. Kita harus ingat bahawa kebanyakan rakyat tidak berparti dan mereka yang juga pengundi di negara ini akan memilih kerajaan baru pada pilihanraya akan datang. Pilihan rakyat adalah pilihan tepat.

Analisis Tengku Razaleigh bahawa hanya orang-orang UMNO-BN sahaja yang mempunyai calon-calon yang berkaliber berbanding individu dalam KeADILan adalah tidak tepat kerana jelas terbukti dengan nyata bahawa ramai pemimpin UMNO-BN mempunyai kepentingan peribadi. Biasanya mereka mengkesampingkan kepentingan rakyat.

Walau bagaimanapun pendapat beliau seperti berikut adalah relevan:

"Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilai sejauh mana kemampuan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden Keadilan mengendalikan parti baru itu.

''Sama ada parti dia kekal lama, tak kekal lama, terpulanglah kepada rakyat...,'' katanya.

Rakyat akan menghukum kerajaan UMNO-BN yang zalim ini.



2. Kempen hapus nyamuk dilancar

KUALA LUMPUR 20 April - Matlamat kerajaan untuk melahirkan sebuah negara yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit berjangkit tidak akan tercapai selagi rakyat tidak menjadikan kebersihan sebagai amalan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.......

Beliau berkata:

''Malangnya masyarakat kita hanya menerima ini sebagai kebenaran tetapi tidak mengamalkannya. Masyarakat kita hanya akan mengamalkannya apabila mereka dipaksa oleh undang-undang.

''Tetapi sampai bila kita harus dipaksa dan dikawal oleh undang-undang kerana proses penguatkuasaan undang-undang memerlukan tenaga dan perbelanjaan besar,'' katanya ketika melancarkan Kempen Anti-Nyamuk dan Kempen Kebersihan Nasional di sini
hari ini.



Sekali lagi kita saksikan Datuk Seri Abdullah Badawi telah menyalahkan rakyat.

Rakyat ingin mempersoalkan dasar dan tindakan kerajaan dalam aspek penjagaan kesihatan. Mengapakah kerajaan tidak mengambil pendekatan pencegahan dalam aspek kesihatan?  Mengapa kerajaan tidak mengajar rakyat mengenai sifat sivik?  Mengapa rakyat Singapura boleh dan rakyat Malaysia tidak boleh? Bukankah pembiakan nyamuk disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang oleh kerajaan BN?

Rakyat kesal dengan kata-kata Datuk Seri Abdullah Badawi ini.


3. KDN diminta haramkan novel terbaru
Shahnon

BUTTERWORTH 20 April - Dua bahagian UMNO hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan novel terbaru Sasterawan Negara, Datuk Profesor Shahnon Ahmad kerana mengandungi banyak perkataan mencarut, lucah dan menjijikkan........

UMNO Bahagian Bayan Baru dan Bahagian Bukit Mertajam dalam kenyataan bersama, juga meminta Panel Peguam UMNO bertindak kerana novel karya ahli Pas serta Tokoh Maal Hijrah Universiti Sains Malaysia itu jelas bertentangan dengan Islam dan 'tidak sesuai untuk dibaca'
oleh semua golongan.........



Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya. Itulah ungkapan yang sesuai terhadap saranan yang dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO terhadap buku ini.

Penjelasan Prof Shanon adalah jelas dan rakyat boleh menerimanya:

Shahnon menegaskan bahawa beliau tidak kisah dengan apa reaksi dan pandangan orang yang membaca novel itu kerana ''saya adalah di antara sasterawan yang patuh pada realiti dan apa yang saya rasa benar berlaku.''

''Saya akan berpuas hati kalau ada orang marah dengan novel ini, kerana ia membuktikan mereka telah sedar realiti politik yang sebenar."

''Inilah pertama kali saya menggunakan perkataan sedemikian...dalam keadaan tenang seperti sekarang saya tidak mungkin dapat mengarang menggunakan perkataan sedemikian lagi,'' ujarnya.

Mengenai tajuk yang dipilih itu Shahnon berkata, ia diambil daripada Kamus Dewan bagi menguatkan visinya bagi menggambarkan realiti politik.

''Jangan salahkan saya, Kamus Dewan memberi makna sedemikian..cara memaki seseorang,'' ujarnya lagi.

Ditanya mengenai penggunaan bahasa yang lucah dan kasar serta berbentuk maki hamun, beliau berkata, itu terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

''Kerana ia realiti dan saya perlu mendendangkan realiti itu."

''Saya berharap masyarakat yang membacanya dapat memikirkan apa yang tersirat dan apa yang jauh lebih tersirat,'' jelasnya yang juga merupakan ahli seumur hidup Pas.

Rakyat melihat betapa teruknya pemikiran dan akal budi para pemimpin UMNO ini yang dengan sendirinya menggambarkan betapa buruknya budaya politik UMNO. Buku fiksyen sebegini rupapun mereka boleh melatah.



4. Lawatan PM ke Kelantan ditangguh

KUALA LUMPUR 20 April - Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ke Kelantan yang dijadualkan pada 22 dan 23 April ini terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh lain yang akan diumumkan nanti...



Rakyat berharap agar Dr. Mahathir jangan menyalahgunakan program lawatan ini bagi tujuan kempen pilihanraya kerana ia melanggar akta pilihanraya kita. Rakyat tidak lupa bila mana Dr. Mahathir telah berucap di Stadium Darul Aman atas pletfom presiden UMNO-BN dan bukan sebagai seorang perdana menteri. Ia jelas menunjukkan kepincangan dan penyalahgunaan kuasa BN-UMNO.

Nilai kemanusiaan Pas

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) akhirnya tampil menegur rakan pembangkangnya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang mengaitkan keluarga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan babi....



Rakyat dapat melihat propaganda UMNO-BN melalui penulis upahan seperti ini untuk mengelirukan rakyat. Usaha ini adalah tidak lebih daripada cubaan UMNO-BN untuk melemahkan barisan alternatif namun rakyat tidak terkeliru. Rakyat tidak fikir isu ini perlu diperbesar-besarkan kerana kedua-dua belah pihak telah memberikan jawapan. Apa yang jelas Datuk Seri Abdullah Badawi dilantik oleh Dr. Mahathir untuk menjaga isu yang berkaitan dengan babi.

Rakyat juga melihat penulis ini memburuk-burukan para pemimpin PAS dan keADILan. Adakah tidak patut dia didakwa bawa Akta Hasutan? Penulis juga menipu rakyat mengenai keadaan yang sebenarnya berlaku di Ceruk Tok Kun itu.

Ulasan beliau terhadap reaksi Dato Fadzil juga mengelirukan kerana pada rakyat penjelasan Dato Fadzil adalah memadai. Dan sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi dan Dr. Mahathir terasa terhina itu adalah kesilapan mereka sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Rakyat juga tidak dapat penerima penjelasan panjang lebar penulis mengenai rasional, fungsi dan ahli jawantankuasa tersebut kerana ia tidak relevan dengan isu sebenar. Kecetekan penghujahan beliau juga terselar apabila beliau cuba mengaitkan isu ini dengan GERAK.

Untuk makluman penulis, rakyat telah mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya dari PAS melalui Harakah dalam isu pemeliharaan dan industri babi serta isu arak dan judi.



BISIK-BISIK

PRESIDEN Parti Keadilan Nasional, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam temu ramah dengan CNN dari Hong Kong mendakwa ada kemungkinan kerajaan Malaysia akan mengisytiharkan darurat ekoran kekacauan yang tercetus apabila suaminya dihukum penjara enam tahun.

Awang tidak dapat mengagak maklumat apa yang Azizah peroleh sehingga mendorong beliau membuat andaian tersebut yang boleh membawa kesan tidak baik kepada negara.

Sepatutnya, beliau berusaha mententeram penyokong-penyokong partinya dan bukan membuat
dakwaan bukan-bukan.

Mengulang-ulang bahawa orang-orangnya tidak terlibat sukar diterima. Siapa Tian Chua? Bukankah dia Naib Presiden Keadilan?

Awang - Sekadar bertanya.



Rakyat juga ingin bertanya Awang beberapa soalan.

Bukankah Dr Wan Azizah telah mengeluarkan kenyataan rasmi Ke ADILan mengenai isu demonstrasi itu?

Adakah Awang tahu pada kejadian tersebut, apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Tian Chia dan bagaimana polis telah bertindak ganas terhadapnya?

Rakyat berpendapat bahawa Awang perlu peka dengan suara rakyat yang mahukan reformasi di Malaysia ini.



Sila edarkan kepada umum.