Make your own free website on Tripod.com
Suruhanraya Di Raja - Kecederaan DSAI

Kita merasa diperbodoh-bodohkan dan dihina oleh Dato Abdullah Badawi apabila beliau mengatakan bahawa tindakan Rahim Nor itu adalah satu tindakan luar jangka.

Mengikut verbatim prosiding Suruhanjaya itu, tindakan Rahim adalah dirancang dengan halus. Dia sememangnya berniat untuk "membunuh" DSAI kerana mengikut doktor, pukulan-pukulan itu adalah lethal.

Rancangan iui tentunya direstui oleh Dr M sebagai Menteri Dalam Negeri dan juga ketua konspirator.

Ia juga bertepatan dengan perbualan telefon antara Rahim Noor dengan Dr M yang dirakamkan oleh kakitangan Telekom  yang bertugas ketika itu yang kemudiannya diberhentikan secara en bloc.

Ini dikuatkan lagi dengan kelewatan perlantikan Norian Mai sebagai Ketua Polis Negara dengan beranggapan bahawa Norian Mai adalah orang DSAI.

Kita merumuskan bahawa:

- DSAI TERPAKSA di bawa ke mahkamah dalam keadaan begitu disebabkan desakan para reformis.

- pembentukan Suruhanjaya disebabkan oleh desakan para reformis dan rakyat jelata bukan dengan inisiatif kerajaan BN.

- siasatan awal polis  menunjukkan bahawa ramai di antara pegawai polis yang menipu atau tidak berani berkata benar.

- pegawai-pegawai polis hanya bercakap benar dalam prosiding Suruhanjaya sehingga Rahim terpaksa mengaku bersalah.

Walapun kerajaan BN cuba untuk menutup konspirasi ini namun Allah swt menentukan sebaliknya.