Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 16 April 1999
 
 
Pembelian KPB tidak babitkan PM

        PERDANA Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, tidak terbabit langsung dengan keputusan Petronas membeli kepentingan syarikat milik        anaknya, Mirzan - Konsortium Perkapalan Bhd (KPB).

        Menjelaskan bahawa tindakan itu bukan satu langkah penyelamat ke atas KPB, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Othman        Abdul, berkata pembelian kepentingan KPB itu diputuskan secara sendirian oleh Petronas berasaskan kepada penilaian mereka sendiri.

        Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Bebas-Permatang Pauh) yang meminta Perdana Menteri  mengesahkan kenyataan bahawa beliau tidak terbabit dalam langkah  menyelamat syarikat Mirzan

        "Saya hairan mengapa Yang Berhormat membangkitkan perkara ini sedangkan  Yang Berhormat sendiri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri  Kewangan menjelaskan bahawa Perdana Menteri tidak langsung terbabit  dengan keputusan Petronas untuk membeli kepentingan KPB, yang diterajui Mirzan," katanya.

        Othman berkata, kerajaan juga sedar bahawa Petronas adalah di bawah  tanggungjawab JPM, namun tanggungjawab itu terbatas kepada perkara        berkaitan dasar pembangunan industri petroleum negara.

        Sebagai sebuah syarikat, katanya, pengurusan Petronas adalah  bertanggungjawab kepada pelaburan dan keputusan operasi lain yang dibuat syarikat itu.

        Menjawab soalan Nik Amar Abdullah (PAS-Pengkalan Chepa), Othman berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan satu jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menyiasat dakwaan mengenai kediaman rasmi Perdana Menteri  di Putrajaya, yang didakwa bernilai RM200 juta.

        Menurutnya, dakwaan mengenai kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri  itu sengaja dibangkitkan pembangkang yang ketandusan modal untuk tujuan  politik mereka.

        "Kerajaan sudah berkali-kali menerangkan kepada Dewan Rakyat rasional  mengenai pembinaan kediaman rasmi itu dan nampaknya Yang Berhormat  masih belum lagi memahaminya," katanya.

        Sementara itu, beliau berkata, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh (RM-7) akan dibentangkan pada Dewan Rakyat pada 22 April        depan.

        Mengenai ramalan kadar pertumbuhan negara tahun ini, Othman berkata  ramalan itu sudah dikeluarkan dalam laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, baru-baru ini.

        "Kerajaan menganggarkan pertumbuhan positif satu peratus bagi tahun ini.  Untuk tahun 2000, Yang Berhormat akan mengetahuinya apabila Kajian        Separuh Penggal RM-7 dibentangkan nanti," katanya kepada soalan Fu Ah Kiow (BN-Mentakab).

Rakyat tidak yakin bahawa itu adalah jawapan yang sebenar selagi kerajaan tidak menubuhkan satu jawatankuasa siasatan.

Soalan yang dikemukakan oleh Dato Seri Anwar adalah jelas. Adakah Dr. Mahathir tidak terlibat dengan keputusan itu? Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, lampu hijau daripada Dr. Mahathir diperlukan.

Rakyat juga masih tertunggu-tunggu butir-butiran lengkap mengenai projek mahligai Dr Mahathir dan jet barunya yang ke semuamnya bernilai 400 juta ringgit itu.

Sile edarkan kepada umum