Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 16 April 1999
 
 
Daim minta Anwar kemuka bukti

        KUALA LUMPUR, Khamis - Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin berkata Datuk Seri Anwar patut mengemukakan bukti kepada pelbagai dakwaan yang dibuatnya sejak dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

        "Minta dia kemukakan dokumen itu. Selama ini macam-macam tuduhan dibuatnya," katanya diminta mengulas dakwaan Anwar dalam kenyataan lima        muka surat yang diedarkan kepada media selepas keputusan mahkamah terhadapnya semalam.

        Daim yang enggan mengulas lanjut perkara itu berkata mahkamah sudah membuat keputusan dan Anwar mempunyai peluang untuk merayu.

        "Saya tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan mengenai keputusan mahkmah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi        perdagangan Amerika Syarikat di sini, hari ini.

        Dalam kenyataan itu, Anwar mendakwa memiliki surat yang ditulis oleh ahli korporat kepada Daim yang berakhir dengan kata-kata:

        "Sekiranya saya meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal surat ini akan menjadi bukti yang tidak boleh dicabar mengenai hak anda terhadap harta        saya".

        Sementara itu, Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Antarabangsa Oracle Corporation, Lauren Lenfest, berkata keputusan        mahkamah mengenakan penjara enam tahun terhadap Anwar adalah urusan dalaman Malaysia.

        "Ia tidak ada kena-mengena dengan tujuan misi perdagangan kami dan saya  tidak nampak ia akan menjejaskan sebarang perniagaan," kataya.

        Lenfest berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Daim. Kira-kira 20 ahli perniagaan dalam industri utama Amerika        menyertai misi perdagangan seminggu itu.

        Anwar juga mendakwa memiliki laporan penyiasatan terhadap seorang anggota  Kabinet yang dikemukakan kepada Peguam Negara. Tanpa mengemukakan butir terperinci, bekas Menteri Kewangan itu menyatakan Badan Pencegah        Rasuah dan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara mencadangkan menteri itu didakwa di mahkamah.

Rakyat sememangnya berharap agar Dato Seri Anwar Ibrahim dapat membuktikannya di mahkamah. Namun rakyat juga faham bahawa Ketua Pendakwaraya tidak akan membawa kes ini ke mahkamah sebelum mendapat arahan Dr. Mahathir. 

Dr. Mahathir sendiri mengaku bahawa Tun Daim telah melakukan banyak rasuah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dahulu. Namun dia sayangkan rakan persekolahannya itu lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. 

Rakyat juga tahu bahawa Tun Daim rasa  phobia untuk ke mahkamah. Adakah beliau sanggup kali ini?

Sila edarkan kepada umum