Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 16 April 1999
 
 
Panel peguam Umno draf afidavit

        KOTA BHARU, Khamis - Panel Peguam Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang menyiapkan dokumen afidavit bagi mengambil tindakan sivil terhadap lima kes yang membabitkan ucapan berbaur fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin parti itu, selain tiga lagi kes sudah dilaporkan kepada polis.

        Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah parti itu juga menerima dua lagi pita rakaman semalam yang membabitkan ucapan pemimpin Pas dan mereka yang
antikerajaan.

        Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali, berkata panel peguam akan menfailkan afidavit terbabit secepat mungkin sebaik selesai menyiapkan segala dokumen    berkaitan, manakala kajian terperinci sedang dijalankan terhadap kandungan dua pita yang baru diterima itu.

        Katanya, lapan kes yang dalam kajian itu bukan saja membabitkan fitnah terhadap pemimpin Umno, malah turut membabitkan ucapan yang dianggap        menghina mahkamah.

        "Lima kes yang sedang diteliti oleh panel peguam adalah serius, kita akan ambil tindakan mahkamah secepat mungkin sebaik menyiapkan afidavit dalam
tempoh terdekat. Kita juga sudah mengenal pasti mereka terbabit.

        "Kita menyerahkan kepada polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tiga kes membabitkan penghinaan terhadap mahkamah        yang sudah dilaporkan kepada polis oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Pemuda Umno Selangor dan Roslan Darus di Balai Polis Dang Wangi,"        katanya di sini, hari ini.

        Ibrahim berkata, walaupun jawatankuasa itu menerima 30 pita ucapan setakat ini, selain mengkaji 70 keratan akhbar tetapi panel peguam beranggapan lapan
kes daripadanya sahaja yang agak serius.

        "Salah satu kes itu membabitkan sebuah media asing yang menyiarkan kenyataan oleh Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Syed Husin Ali      beberapa hari lalu. Laporan polis sudah dibuat dan terpulang kepada polis mengambil tindakan," katanya.

        Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sejak jawatankuasa terbabit mengambil tindakan perlu, tohmahan dan fitnah yang    dibuat oleh golongan tertentu terhadap pemimpin kerajaan mulai berkurangan dan ini menunjukkan pendekatan yang dibuat oleh Umno berkesan.

        Menurutnya, Umno tidak bertujuan menyaman sesiapa atau menyekat kebebasan berpolitik, sebaliknya memastikan kebebasan bersuara dan menulis tidak disalah guna.

Rakyat berpendapat bahawa usaha ini membuang masa sahaja kerana telah banyak kes-kes serupa ini yang masih disiasat oleh pasukan polis.

Rakyat cuma lihat ini sebagai permainan Dato Ibrahim Ali untuk kepentingan politik beliau semata-mata. Bagi UMNO, ia tidak lebih daripada strategi pilihanraya.

Rakyat nampak jelas taktik kotor UMNO-BN ini.
 

Sila edarkan kepada umum