Make your own free website on Tripod.com

Jumaat, 16 April 1999
 
 
DAP tidak setuju ulasan Fadzil 

        GEORGETOWN, Khamis - DAP berpendapat Presiden Pas, Datuk Fadzil   Noor tidak patut mengaitkan nama keluarga Timbalan Perdana Menteri dengan penjagaan babi.

        Timbalan Setiausaha Agungnya, Chong Eng, berkata pelantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Wabak Japanese Encephalitis (JE) adalah tugas yang membabitkan nyawa manusia.

        Menurutnya, mandat diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri itu bukan untuk mempertahankan haiwan itu, sebaliknya ia adalah persoalan antara hidup
dan mati.

        "Isu ini perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan bukannya dari aspek agama atau perkauman," katanya ketika ditemui disini, hari ini.

        Chong diminta mengulas kenyataan Presiden Pas ketika berucap pada perhimpunan Aidiladha di pekarangan rumah bekas Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cherok Tok Kun pada 29 Mac lalu.

        Fadzil didakwa berkata: "Abdullah Badawi, satu-satunya Badwi di Malaysia. Di Arab, kaum Badwi jaga unta dan kambing, tetapi di Malaysia Badwi jaga
babi."

        Sebelum ini, Abdullah turut menyatakan rasa sedihnya dengan kenyataan Fadzil yang disifatkan menghinanya.

        Menurut Chong Eng, sesiapa juga pemimpin yang dilantik untuk menduduki kerusi jawatankuasa berkenaan seharusnya bertanggungjawab menjalankan
tugas penting itu.

        Malahan, katanya, pelantikan Abdullah itu adalah berikutan desakan DAP yang menganggap Timbalan Perdana Menteri itu berupaya melaksanakan        tanggungjawab itu dengan berkesan.

        "Kami (DAP) yakin Abdullah mampu menerajui jawatankuasa itu untuk  mempercepatkan tindakan untuk menangani masalah disebabkan wabak itu,"        katanya.

        Sementara itu, mengenai keputusan perbicaraan kes rasuah Anwar, semalam, Chong Eng secara terbuka meluahkan rasa simpatinya terhadap Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail serta enam anaknya.

        "Sebagai wanita, saya pasti keputusan ini sukar bagi Wan Azizah yang kini terpaksa menjadi bapa dan ibu kepada anak-anaknya dan diharap dia (Wan        Azizah) dan anak-anaknya tabah menghadapi kesukaran hidup sekarang serta masa depan yang mencabar," katanya.

        "Saya sedih dengan keputusan itu dan insiden ini mengingatkan semula hari dimana bekas ahli Parlimen Kota Melaka, Lim Guan Eng dijatuhi hukuman        penjara," katanya.

        Beliau juga tidak berpuas hati kerana bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor masih bebas, walaupu Suruhanjaya Penyiasatan Diraja berhubung    perkara itu mengesahkan beliau (Rahim) bertanggungjawab menyebabkan  kecederaan pada mata Anwar.

Tajuk berita ini menunjukkan niat jahat akhbar ini. Sebenarnya inilah tugas sebenar pemberita yang sengaja bertanya kepada para pepimpin parti pembangkang dengan niat melaga- lagakan mereka. Rakyat telah sedar mengenai strategi politik akhbar ini.i

Sila edarkan kepada umum.