Make your own free website on Tripod.com
Mengadudomba parti-parti alternatif

Sejak PKN dilancarkan Ahad lalu, cubaan untuk mengadudombakan parti-parti alternatif telah bermula. Rencana-rencana berita tempatan begitu ghairah menilik nasib parti ini dengan pelbagai helah dan isu.

Ada yang cuba mengadudombakan parti-parti alternatif dengan menginterviu para ahli dan pemimpin parti-parti PAS, PRM & DAP dengan menonjolkan kononnya ada perselisihan faham di antara mereka.

Inilah sebenarnya kerja mereka sejak dari dulu lagi. Ini dikuatkan lagi dengan interview di media-media elektronik.

Sudah jelas bahawa parti-parti BN begitu berkecamuk dengan penubuhan PKN.

Rakyat telah matang dan rakyat perlukan satu kerajaan alternatif untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman di negara ini.

Kita yakin bahawa insya Allah Barisan Alternatif atau Barisan Keadilan Nasional pastinya akan memberikan saingan yang getir buat BN kali ini.