Make your own free website on Tripod.com

Rabu, 14 April 1999
 
Khabar angin berlaku kekacauan tak
dilayan

KUALA LUMPUR 13 April - Kerajaan tidak akan melayan sebarang khabar angin mengenai kemungkinan berlaku kekacauan yang dicetuskan penyokong reformasi ekoran keputusan perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini esok.

''Saya tak mahu komen sebarang perkara berupa spekulasi dan khabar angin. Saya tak tahu apa yang mereka (penyokong Anwar) nak buat, kita tunggu sahaja esok,'' kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri diminta
mengulas khabar-khabar angin mengenai rancangan para penyokong Anwar untuk mencetuskan kekacauan termasuk mengadakan perhimpunan haram serentak dengan keputusan mahkamah terhadap kes perbicaraan empat tuduhan pindaan rasuah yang dihadapi Anwar esok.

Abdullah ditemui selepas melancarkan CD-ROM
multimedia interaktif ''Mahathir: CEO Malaysia Inc. di
sini hari ini.

Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang akan
dikerahkan mengawal keadaan di sekitar Mahkamah
Tinggi esok, kata beliau: ''Saya belum dapat maklumat
terperinci mengenainya.''

Keputusan perbicaraan yang penuh sensasi itu akan
mendapat liputan meluas dari media tempatan dan asing. Para pemerhati antarabangsa dijangka hadir.

Diminta mengulas ramalan media asing bahawa Anwar akan didapati bersalah oleh mahkamah sebelum keputusan diketahui esok, Abdullah berkata:

''Mereka sudah mendahului kita, kita tak hukum lagi
mereka dah tahu... kita tunggu sahaja keputusan
mahkamah. Mereka nampaknya lebih pentingkan
pandangan mereka sendiri.

''Soal apa yang mahkamah kita akan putuskan, mereka
tak fikir, yang difikirkan ialah pendapat yang jadi
pendirian mereka,'' katanya.

Beliau berharap pihak-pihak yang mempertikaikan
perbicaraan kes Anwar termasuk media asing
menyerahkan keputusan itu kepada mahkamah yang
berpandukan kedaulatan undang-undang.

''Kadang-kala kita nampak ada kecenderungan mereka
(media asing) nak guna kebebasan akhbar untuk
membuat macam-macam kenyataan tanpa
mengendahkan situasi di negara ini,'' katanya.

Oleh: ZULKIFLI JALIL
 

Laporan ini mengesahkan bahawa sebenarnya yang menabur fitnah adalah Dato Seri Abdullah Badawi.

Penyebaran khabar angin kononnya penyokong- penyokong reformasi akan melakukan kekacauan bermula daripada mulut Dr. Mahathir lagi sejak mula-mula berlakunya kes Dato Seri Anwar Ibrahim, September tahun lalu. Sejarah telah mencatitkan bahawa kekacauan yang timbul bukanlah disebabkan oleh para penyokong reformasi. Sebaliknya ia dilakukan oleh pihak polis yang sanggup membakar motosikal dan membuat "Molotov cocktail".  Warga Kg. Baru tidak akan lupa kebiadapan anggota FRU yang mencemarkan nama baik Kg. Baru.

Fitnah ini kemudiannya dicanang oleh pengampu- pengampu Dr. Mahathir seperti Dato Ibrahim Ali dan Dato Hishamuddin dll. Sekarang ini perkara yang serupa dibuat pula oleh Dato Seri Abdullah Badawi.

Kelmarin kita lihat betapa kecohnya beliau apabila dipanggil dengan gelaran "Bedui-Babi" tapi hari ini beliau sendiri yang menabur fitnah. Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang tidak konsisten.

Kita sarankan kepada beliau supaya bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Usahlah menjadi pengampu dan tali barut Dr. Mahathir. Sebenarnya apabila Dr. Mahathir turun tahta kelak, banyak lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang akan mencabar beliau kerana semua orang tahu bahawa Dato Seri Abdullah tiada berkaliber dan tiada berwibawa. Beliau bukanlah seorang pemimpin atau pejuang bangsa melayu yang tulen. Beliau hanya sekadar dedalu yang perlu diracun.

Sila edarkan kepada rakyat jelata.