Make your own free website on Tripod.com
Hentikan segera sebar fitnah

        KEPALA BATAS, Ahad - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini
        mengulangi permintaannya supaya dihentikan segera perbuatan menyebarkan
        khabar angin berniat jahat yang boleh menimbulkan kegelisahan di kalangan
        rakyat.

        Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ada di antara khabar angin
        itu yang disebarkan melalui pelbagai cara termasuk Internet, boleh
        menimbulkan rasa marah dan tidak senang hati.

        "Bermacam-macam khabar angin yang kita dengar, turut menghina Perdana
        Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, serta cerita-cerita yang tidak
        baik lain.

        "Saya menganggap perbuatan ini perbuatan nakal dan tidak
        bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan
        program sehari bersama masyarakat dan kempen Premier Anti Dadah
        Kebangsaan di Sekolah Menengah Datuk Haji Ahmad Badawi, di sini.

        Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon;
        Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Shariff Omar dan Ketua Pengarah
        Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), Datuk Mohd Bakri Omar.

        Menurut Abdullah, beliau tidak faham mengapa pihak tertentu sanggup
        menyebar berita negatif mengenai kesihatan Dr Mahathir, sedangkan
        kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa
        bagi mententeramkan rakyat.

        "Paling sedih kerana cerita itu dibuat dengan nada atau cara yang bermaksud
        untuk menghina Perdana Menteri dan menimbulkan kemarahan serta rasa
        tidak senang hati rakyat.

        "Mengapa kerja ini perlu dilakukan kerana kesannya amat buruk," katanya.

        Mengenai masalah penagihan dadah di negara ini, beliau berkata masalah itu
        masih serius.

        Sementara itu, Mohd Bakri berkata ada 21,073 penagih dadah dengan
        1,786 penagih baru di negara ini tahun lalu.

        Rata-rata mereka membelanjakan RM347 juta setahun untuk membeli
        dadah.

Sebenarnya yang menabur fitnah adalah UMNO-BN. Kes DSAI adalah sebesar-besar fitnah dalam zaman ini. Juga saksikan betapa kerajaan BN gagal mengatasi masalah dadah. Apa yang mereka tumpukan adalah pembangunan fizikal semata-mata. Mereka membelakangkan pembangunan rohani dan sosial.