Make your own free website on Tripod.com
Penubuhan Parti Keadilan Nasional.

Suara-suara sumbang jelas kedengaran khususnya daripada para pemimpin BN dan media tempatan mengenai pembentukan Parti Keadilan Nasional (PKN) yang antara lain menyebut kononnya ada persamaan antara PKN dengan S46 dll.  Juga dikaitkan lambang PKN berbentuk mata dengan kes mata lebam DSAI.

Sayugia diingatkan bahawa Dr M sendiri telah memperlekehkan dan "memarahi" DSWA kerana tidak mendaftarkan ADIL sebagai sebuah parti politik ketika itu. Sehingga kini badan itu masih belum lagi didaftarkan tetapi Prof Chandra Muzaffar telah menerima kesannya.

Pandangan Dr. M ini sendiri bercanggah dengan pandangan tukang-tukang karut BN ini.

Kita mesti ingat nasib PKN bergantung kepada sokongan rakyat.

Apapun yang penting adalah kesatuan antara parti-parti pembangkan untuk membentuk Barisan Altenatif atau Barisan Keadilan Nasional untuk pilihan rakyat.

Ia sihat untuk amalan demokrasi demi kesejahteraan negara.