Make your own free website on Tripod.com
Penulisan Dr. M di Jepun

Kita menolak sekeras-kerasnya pandangan Dr. M  kononnya tafsiran ulamak dan cendekiawan Islam pada masa ini adalah tidak tepat. Kita juga kesal dengan kata-kata meninggi beliau yang sesungguhnya mencerminkan keangkuhan keperibadian beliau yang sebenar.

Kita semua tahu bahawa Dr. M tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai Islam. Beliau tidak arif mengenai Al Quran dan Al Hadis. Beliau bersifat anti ulamak. Beliau mempersendakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Oleh itu pandangan beliau terhadap Islam adalah sesempit fikirannya.

Sebagai seorang pemimpin yang berugama Islam, beliau dituntut oleh Allah swt untuk menjadi seorang pemimpin yang adil tetapi beliau gagal menjalankan amanah ini.

Kita sebagai ummah yang beriman kepada Allah swt sesungguh begitu takut dengan janji Allah swt yang akan memusnahkan sesuatu ummah itu dengan meletakkan seorang pemimpin yang zalim.

Fikirkanlah ayat Allah swt ini!!!!!