Make your own free website on Tripod.com
Pandangan kita...

Kegawatan Politik

a.  Kegawatan politik dewasa ini rata-rata berpunca daripada kes pemecatan DSAI.

b.  Kes ini menunjukkan betapa buruknya budaya politik UMNO-BN yang telah diamalkan sejak merdeka.

c. Ciri-ciri budaya politik UMNO-BN adalah:

- taat membabi-buta kepada ketua
. perebutan kuasa
- politik wang
- elemen-elemen rasuah
- elemen-elemen salah guna kuasa
- mementingkan diri bukan mementingkan rakyat atau bangsa
- menghalalkan cara walaupun salah dari segi ugama
. menabur fitnah dan menyebar khabar angin
- strategi menakutkan-nakutkan orang melayu

d. Kegawatan politik sekarang berkait rapat dengan kegawatan ekonomi oleh kerana orang-orang UMNO-BN terlibat secara langsung dengan bisnes. Maka berlakulah menyalahgunaan jentera-jentera kerajaan bagi tujuan politik. Ini adalah satu kecurangan terhadap rakyat dan negara.

e. BN-UMNO juga menggunakan politik wang dan kaedah menakut-nakutkan orang-orang cina dengan mengaitkan gerakan reformasi di Malaysia dengan Indonesia.

Rakyat harus bangkit untuk menentang budaya politik ini. Kita mesti ada kebebasan politik untuk memilih calon kita. Kita mesti menghukum kerajaan BN di atas pengkhianatan dan kecurangan terhadap rakyat dan negara selama ini. Kita mesti memilih para pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat bukan pemimpin-pemimpin yang melutut kepada rakyat setiap kali pilihan raya diadakan dan kemudiannya lesap.