Make your own free website on Tripod.com
Pandangan kita...

Kegawatan ekonomi

a.  Kegawatan ekonomi adalah disebabkan oleh projek-projek mega Dr M seperti Lapangan Terbang KLIA, Litar lumba Sepang, Menara Kuala Lumpur, Menara berkembar Petronas, jalan-jalan bertol, Putra Jaya dan laluan kedua ke Singapura.

b. Projek-projek ini yang kononnya bagi tujuan pembangunan negara adalah sebenarnya diwujudkan untuk faedah kroni-kroni BN.

c.  Kerajaan BN telah mengimpot bukan sahaja bahan-bahan mentah dan perlatan tetapi juga kepakaran dan tenaga manusia. Ini yang telah mengganggu aliran wang kita.

d.  Keadaan ini juga menghasilkan kemasukan warga asing secara sah dan secara haram dengan banyaknya hingga tidak terkawal. Ini menyulitkan rakyat jelata dengan pelbagai masalah sosial.

e.  Apabila kegawatan ekonomi berlaku di Asia, ringgit dan pasaran saham BSKL menjunam. Ini menyebabkan hutang para kroni meningkat berbilion-bilion ringgit. Ada yang telah muflis. Ada yang telah lari . Ada yang cuba membunuh diri.

f. Keadaan ini mengawatkan keseluruhan ekonomi kita dan harga barang-barang telah meningkat dengan ketara.

g. Caj-caj tol pula telah ditingkatkan sewenang-wenangnya.

Sahlah bahawa kegawatan ekonomi adalah angkara kerakusan kerajaan BN khususnya para kroni dan anak Dr M. Dalam keadaan inipun Dr M terus menindas,  mengugut dan menipu rakyat dengan pelbagai alasan. Rakyat yang sedar semestinya menghukum kerajaan BN dalam pilihan raya akan datang. Reformasi kewangan adalah sangat diperlukan oleh negara kita.