Make your own free website on Tripod.com
Pandangan kita...

Kepincangan kerajaan BN

a.  Sebuah kerajaan yang zalim. Contohnya adalah kes DSAI, kes Lim Guat Eng, kes-kes ISA yang melibatkan para reformis.

b. Sebuah kerajaan yang memilih bulu yang hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu dalam parti BN. Budaya kronisme dan nepotisme ini adalah berbahaya kepada negara..

c. Sebuah kerajaan yang menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik dan kuasa dan bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

d. Sebuah kerajaan yang korupsi dan gila kuasa.

e. Sebuah kerajaan yang telah merundumkan ekonomi negara melalui projek-projek mega yang hanya menguntungkan kroni-kroni mereka.

f. Sebuah kerajaan yang telah menafikan hak rakyat dan prinsip-prinsip demokrasi yang dengan terang melanggar Rukun Negara.

g. Sebuah kerajaan yang telah menghina Islam secara terang-terangan. Amalan sekular ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

h. Sebuah kerajaan yang meruntuhkan akhlak masyarakat yang menyaksikan pelbagai penyakit masyarakat. Ini disebabkan kerajaan BN hanya mementingkan pembangunan fizikal sahaja bukan pembangunan minda dan spiritual yang kukuh.

I. Sebuah kerajaan yang tidak diredhai Allah swt yang mengundang bala-bala seperti jerebu, penyakit-penyakit misteri dan bencana alam.

Oleh itu kita tiada pilihan lain untuk menyelamatkan diri, bangsa, negara dan ugama kita kecuali dengan menggantikan kerajaan BN dengan barisan alternatif yang adil.