Make your own free website on Tripod.com
Pandangan kita...

Wabak  JE dll.

a.  Sebagai orang yang beriman dengan Allah swt, adakah tidak benar pada hakikatnya wabak ini adalah satu malapetaka dan bala dari Allah swt?  Jawapannya tentulah ia benar.

b. Kita yakin bahawa malapetaka ini adalah peringatan Allah swt terhadap kita sebagai hamba kepada Nya.

c. Kita yakin bahawa ia disebabkan kelalaian kita dengan Allah swt. Kita terlupa bahawa setiap pemimpin lebih-lebih lagi seorang pemimpin negara ada pengikut atau rakyatnya. Sekiranya pemimpin mentadbirkan negara dengan zalim, rakyat akan menerima akibatnya. Inilah hakikat yang berlaku di negara kita ketika ini.

d. Kita menolak tanggapan atau andaian bahawa wabak ini adalah disebabkan pengaruh asing yang ingin menjunamkan ekonomi kita. Kita juga menolak andaian bahawa ada negara asing yang meletakkan virus itu di negara kita. Ini semua menunjukkan kenipisan iman yang ada di dalam diri mereka.

e. Kita hanya akan mendapat keredhaan Nya sekiranya kita balik ke jalan keimanan. Kita tidak ada pilihan lain selain menumbangkan kerajaan BN yang dipimpin oleh Dr. M dalam pilihanraya akan datang.  Jika tidak, banyak lagi bala akan menimpa kita selain kegawatan ekonomi, kegawatan politik, wabak JE, wabak Cocksakie, ribut Greek dan jerebu.

Balikkan kepimpinan negara ke jalan yang selaras dengan Islam dengan menumbangkan kerajaan BN yang zalim dalam pilihanraya akan datang.