Make your own free website on Tripod.com
Pandangan kita...

Parti Keadilan Nasional

a.  Kita mengalu-alukan penubuhan parti ini sebagai satu alternatif untuk rakyat
Malaysia.

b. Sebenarnya parti ini bukanlah pecahan daripada UMNO seperti parti S46. Parti ini adalah untuk semua rakyat Malaysia yang menuntut dan cintakan keadilan.

c. Sebagai sebuah parti untuk semua, ia dilihat sebagai lebih relevan untuk negara kita dalam menghadapi cabaran global di alaf baru.

d. Parti ini adalah sebahagian daripada reformasi politik yang ingin dijalankan di
negara yang tercinta ini.

e. Bersama dengan PAS, DAP dan PRM, parti ini akan mewujudkan satu barisan alternatif yang baik untuk menewaskan BN dalam pilihanraya akan datang.

Kalau rakyat boleh menerima Gerakan, MCA, MIC dan UMNO dalam satu barisan mengapa pula rakyat harus menolak Parti Keadilan Nasional, PAS dan DAP  sebagai Barisan Alternatif untuk rakyat?

Persaingan sihat kedua-dua barisan ini adalah penting untuk kesejahteraan rakyat jelata kerana ada sistem "check dan balance' yang penting dalam proses demokrasi yang diamalkan di dalam negara kita.

Ini akan menolak bentuk kediktatoran yang dipilih (elected dictatorship) yang wujud dalam kerajaan BN sekarang.
 
 
 
 
 

Kalau