Make your own free website on Tripod.com
Tafsiran "Mata" pada lambang PKN


 

Mata dalam lambang PKN bermaksud:

- kecelekan rakyat yang selama ini terkabur pandangan terhadap kezaliman kerajaan BN.

- kejernihan dan ketulusan hati para reformis untuk membanteras kezaliman, menegakkan keadilan dan mendaulatkan rakyat dan negara.

- cahaya sinaran yang menerangi segala kegelapan yang berpunya daripada kebiadapan kerajaan BN terhadap rakyat.

- linangan airmata sesejuk air gunung yang mengalir untuk membawa kesejahteraan dan kenikmatan untuk rakyat dan negara Malaysia.

- bermata hati, berhati perut dan berperasaan untuk membela nasib rakyat.

- penglihatan yang jelas dan berfokus untuk membentuk satu masyarakat madani yang menunjang tamaddun dunia di alaf yang baru.

- keprihatinan terhadap tanggungjawab bersama untuk membela negara kerana Negara Kita Tanggungjawab Kita.
 

Sesungguhnya penubuhan PKN adalah perlengkap kepada gabungan Barisan Alternatif atau Barisan Keadilan Nasional untuk menumbangkan kerajaan BN yang dipimpin oleh seorang yang zalim.