Make your own free website on Tripod.com
Langkah 7

Setiap perjuangan mesti ada halangan. Begitulah juga dengan gerakan reformasi kita.

Halangan-halangan ini dalam apa bentuknya mesti diatasi. Halangan utama adalah diri kita sendiri. Itulah sebabnya kita mesti jelas dengan perjuangan kita. Kita mesti yakin bahawa perjuangan kita adalah benar dan diberkati Allah swt. Seandainya kita tewas di dunia ini, kita tetap akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah swt di akhirat kelak.

Halangan-halangan dari pihak luar lebih mudah ditangkisi dengan menggunakan keupayaan dan kreativiti kita sendiri serta pertolongan sahabat-sahabat kita.

Apapun kita mesti teruskan perjuangan ini sehingga ke akhir hayat kita. Ia perlu disambung oleh generasi-generasi akan datang sehingga ke akhir kiamat. Ingat apa yang kita buat adalah selaras dengan tuntutan Allah swt. Kita mesti istiqamah dan senantiasa menyerah diri kepada Allah swt. Nescaya kita akan mendapat kejayaan yang besar.

Yakinlah bahawa perjuangan ini bukan satu perjuangan yang sia-sia. Menolak pemimpin yang zalim adalah satu kewajipan kita sebagai ummah di dunia ini. Ia adalah tuntutan Allah swt terhadap kita. Is lambang keimanan dan tauhid terhadap Allah swt.