Make your own free website on Tripod.com
Langkah 6

Langkah seterusnya memerlukan kita menjadi alat atau agen perubahan yang berkesan.

Pada tahap ini, kita bukan sahaja mempunyai jatidiri yang baik untuk dicontohi, kita juga telah memahami perjuangan gerakan reformasi yang sebenar. Berbekalkan maklumat yang tepat serta kefahaman yang tinggi terhadap isu-isu semasa, kita sudah mampu bergerak selangkah lagi iaitu  untuk menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada rakyat jelata.

Bergantung kepada keupayaan dan kemampuan kita, kita bolehlah menggunakan apa saja cara yang sesuai untuk menjalankan tugas ini dengan berkesan. Kita boleh menggunakan apa jua media yang sesuai melalui pendekatan yang sesuai untuk menyemarakkan gerakan reformasi kita ini.

Kita mulakan dengan orang-orang yang hampir dengan kita dan percayakan kita. Kita boleh mulakan dengan keluarga kita. Selepas itu  saudara mara kita, sahabat handai kita dan jiran-jiran kita. Kita harus menggunakan setiap ruang dan peluang untuk memberitahu mereka mengenai perjuangan reformasi yang sebenar.

Kita berbicara benar dan insyaallah kita akan diberi rahmat.