Make your own free website on Tripod.com
Langkah 4

Setiap reformis mestilah mempunyai maklumat yang tepat dan terkini berkenaan dengan isu-isu semasa yang wujud ketika ini.

Maklumat ini adalah sangat berguna bukan sahaja untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap isu-isu semasa tetapi juga sebagai bekalan untuk menangkis propaganda media kerajaan.

Maklumat boleh didapati daripada mana-mana sumber yang bertanggungjawab samada melalui lisan atau penulisan, media cetak atau elektonik, media rasmi atau tidak rasmi. Laman-laman web di siber juga boleh digunakan seperti Reformasi Nasional atau Laman Reformasi

Maklumat kita mestilah benar. Bukan hasrat dan kehendak kita untuk menabur fitnah, tuduhan dan tohmahan terhadap mana-mana pihak.

Kita perlu berlandaskan kebenaran untuk menggapai keadilan yang dituntut oleh Allah swt.