Make your own free website on Tripod.com
Langkah 3

Setiap reformis mestilah jelas dengan matlamat perjuangan reformasi. Kita menolak apa jua bentuk dan tindakan kekerasan dan yang melanggar undang-undang negara kerana kita berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Kita berjuang bukan kerana di suruh orang. Kita bukan menjadi boneka orang. Kita lakukan apa yang terbaik untuk kita dan generasi akan datang. Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku kita dan sanggup berkorban untuk anak cucu kita.  Inilah perjuangan yang suci.

Rakyat dan negara memerlukan kita. Kita harus bertindak kerana "negara kita tanggungjawab kita".

Oleh itu, kita harus berusaha dengan segala keupayaan kita untuk mewujudkan satu kerajaan yang adil lagi saksama.

Yang penting kita mahu negara kita diberkati Allah swt jua.