Make your own free website on Tripod.com
Langkah 2

Setiap reformis mestilah mempunyai jatidiri yang tersendiri.

Seorang reformis tulen mesti mempunyai kesihatan fisikal yang memadai. Kita mesti membina tenaga fisikal kita kerana kerja kita memerlukan tenaga yang banyak. Kita mesti mempunyai ilmu membela diri untuk menjaga diri, keluarga, tetangga, sahabat handai, masyarakat dan negara.

Seorang reformis tulen mesti mempunyai jiwa yang hidup. Kita mesti jujur dan ikhlas dalam perjuangan kita. Kita mesti tulus dalam niat, kata-kata dan perbuatan kita. Kita mesti berjiwa besar untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Seorang reformis mesti mempunyai minda yang sihat. Kita harus senantiasa berfikiran positif. Kita harus menukar setiap masalah menjadi peluang untuk kita rebut. Kita tidak harus beremosi berlebihan. Kita mesti senantiasa memikirkan kebenaran.