Make your own free website on Tripod.com
 

Salam Reformasi

Bersatu Untuk Keadilan

Gerakan reformasi seumpama air gunung yang mengalir .
Membawa kesegaran dan kenikmatan untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Ia perjuangan yang suci untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Tanggungjawab menumbangkan kerajaan pimpinan seorang yang zalim adalah tuntutan ugama yang tidak dapat tidak mesti dilakukan.



Kepada para reformis dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekelian,

Tugas untuk menumbangkan kerajaan si mahazalim adalah sesuatu yang sangat berat namun is bukan sesuatu yang mustahil. Ia mesti dimulakan sekarang.
Ya sekarang!!!
 Ia "mission possible" bukan "mission impossible".


Langkah 1

Bagi anda yang telah berdaftar sebagai pengundi, sila semak butir-butir anda di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya yang terdekat untuk memastikannya.

Bagi anda yang telah mencapai umur 21 tahun, sila daftar dengan segera supaya anda dapat mengundi selepas ini.

Bagi anda yang belum sampai umur, sertailah mana-mana  jentera gerakan REFORMASI mengikut kemampuan dan kreativiti anda


Langkah 2 (24.3.99)

Setiap reformis mestilah mempunyai jatidiri yang tersendiri.

Seorang reformis tulen mesti mempunyai kesihatan fisikal yang memadai. Kita mesti membina tenaga fisikal kita kerana kerja kita memerlukan tenaga yang banyak. Kita mesti mempunyai ilmu membela diri untuk menjaga diri, keluarga, tetangga, sahabat handai, masyarakat dan negara.

Seorang reformis tulen mesti mempunyai jiwa yang hidup. Kita mesti jujur dan ikhlas dalam perjuangan kita. Kita mesti tulus dalam niat, kata-kata dan perbuatan kita. Kita mesti berjiwa besar untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Seorang reformis mesti mempunyai minda yang sihat. Kita harus senantiasa berfikiran positif. Kita harus menukar setiap masalah menjadi peluang untuk kita rebut. Kita tidak harus beremosi berlebihan. Kita mesti senantiasa memikirkan kebenaran.


sila edarkan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan


 

kemaskini 24 Mac 1999


 

Tempoh kerajaan sekarang akan habis pada 24 April 2000
Ayuh bergerak segera

Tempoh kerajaan sekarang akan habis selewat-lewatnya pada 24.4.2000 "Countdown !!!"