Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

MAHATHIR 'BERKOKOK BERDERAI-DERAI'

From: makaroni a.k.a mahakroni
Date: 06 May 1999
Time: 07:26:25

Comments

Baru-baru ini PM heboh memperkatakan bahawa kroni Anwar memiliki kekayaan bernilai RM230 juta. Kroni tersebut didakwa memperolehi kontrak lumayan kerana hubungan rapat beliau dengan Anwar. Saya memang menentang amalan kronism dan nepotism. Pendedahan Dr M mengenai perkara tersebut memang wajar. Namun demikian, kenapa setakat kroni Anwar sahaja? Bagaimana pula dengan kroni Dr M sendiri? Adakah Dr M langsung tiada kroni? Semua orang kenal Halim Saad, Tajudin Ramli, Ting Phek Khing, Vincent Tan, Ananda Krishnan dsbnya (panjang sangat senarainya...). Tidakkah mereka ini menerima banyak kontrak lumayan kerana hubungan rapat dengan Dr M? Jika Dr M kata mereka dapat kontrak dan projek kerana kebolehan dan kepakaran mereka, mengapa kerajaan perlu “bail-out” mereka menggunakan wang rakyat?

Bagaimana pula dengan Mirzan dan Mokhzani yang menjadi Pengerusi, Pengarah dan pemegang saham beratus-ratus syarikat termasuk yang tersenarai di BSKL? Bagaimana mereka boleh meminjam wang berjuta malah berbilion ringgit dari bank tempatan untuk membiayai pembelian saham dan projek mereka? Apakah kolateral yang mereka ada? “bin Mahathir”?

Bagaimana pula dengan skim “bail-out” Konsortium Perkapalan Berhad menggunakan wang PERTONAS menerusi Malaysian International Shipping Company Berhad (MISC) berjumlah RM1.6 bilion? Menurut Anwar, Mirzan minta RM2.2 bilion tapi Anwar, sebagai Menteri Kewangan, hanya bersetuju dengan jumlah RM1.6 bilion setelah odit dijalankan oleh firma odit secara bebas dan profesional. Menurut Anwar lagi, Dr M begitu marah dengan jumlah RM1.6 bilion yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan kerana mengakibatkan anaknya kerugian banyak.

Berbalik kepada isu kroni Anwar tadi, persoalan yang timbul seterusnya adalah:-

· adakah Anwar meluluskan pemberian kontrak dan projek kepada kroni tersebut? · adakah kroni tersebut menjaja nama Anwar bagi mendapatkan kontrak dan projek? · adakah kroni tersebut layak atau tidak untuk menerima kontrak dan projek? · adakah Anwar beroleh keuntungan dari pemberian kontrak dan projek tersebut?

Kepada persoalan pertama, Anwar secara berani mencabar Kementerian Kewangan mendedahkan senarai penerima kontrak dan projek yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan semasa Tun Daim dan beliau menjadi Menteri Kewangan. Cabaran ini bagi membuktikan bahawa beliau langsung tidak pernah menggunakan kedudukannya untuk mengkayakan anak-beranak dan kroni. Azmin Ali telah memberitahu mahkamah bahawa Anwar adalah seorang yang tegas dalam soal pemberian kontrak dan projek.

Jika Anwar tidak pernah memberi kontrak dan projek kepada kroni-kroninya, maka besar kemungkinan kroni-kroni Anwar yang menggunakan nama Anwar bagi mendapatkan kontrak dan projek. Perkara ini sering berlaku terutama dalam permohonan projek penswastaan dan kontrak kerajaan di mana nama VVIP sering dijaja bagi mendapatkan kontrak dan projek.

Menjawab persoalan ketiga, jika benar kroni Anwar mengaut kekayaan kerana hubungan rapat dengan Anwar, adakah kroni tersebut tidak layak untuk berbuat demikian? Dr M sendiri pernah berkata bahawa mereka (kroni Dr M) yang mendapat kontrak dan projek dari kerajaan adalah orang yang layak dan berkebolehan. Dr M juga pernah membangkitkan bahawa anak-anak Menteri juga layak untuk berniaga dan memperolehi kekayaan jika mereka berkebolehan.

Namun demikian, jumlah RM230 juta yang diterima oleh kroni Anwar (jika benar, dan besar kemungkinan bohong) adalah kecil berbanding RM1.6 bilion yang diterima oleh Mirzan dari PETRONAS dan berbillion-bilion lagi yang diterima oleh kroni-kroni Mahathir yang lain termasuk Daim sendiri. Yang menyedihkan lagi adalah wang RM1.6 bilion itu untuk membayar hutang KPB di Hong Kong yang berlipat-ganda akibat kejatuhan nilai ringgit. Wang milik rakyat telah mengalir keluar semasa negara dan rakyat amat memerlukannya. Jika ini bukan kronism, apa dia.

Mahathir sebenarnya ibarat ayam tua berkokok berderai-derai, tetapi ekor penuh berlumuran SHIT@PM yang busuk lagi membusukkan (meminjam ungkapan SN Shahnon)?

Last changed: May 06, 1999